Makanan tradisi yang terdapat di Kampung Parit Selangor tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain. Makanan yang berkonsepkan makanan Jawa dan Bugis semestinya sentiasa mendapat tempat di kalangan penduduk kampung.

Tetapi, generasi muda yang mempunyai idea sentiasa akan mencipta resepi baru demi mevariasikan citarasa makanan, selain untuk mendapat tempat di hati pelanggan-pelanggan tetap mahupun pelanggan baru.

Di Kampung Parit Selangor, terdapat seorang usahawan muda yang menjalankan perniagaan menjual burger tetapi beliau telah memberi sedikit kelainan dan pembaharuan kepada hasil jualan beliau.

Antara kelainan yang dihasilkan beliau ialah dengan mencipta burger kukus dengan sis mayonis berperisa epal.

Burger kukus mayonis berperisa epal

Lokasi gerai burger kukus bersebelahan Sekolah Agama Kampung Parit Selangor