Teknologi Dan Anda Bersama Warga Emas

 

 Tarikh  9 Januari 2019
 Masa : 3.00pm - 4.00pm
 Lokasi PEDi Parit Selangor
 Peserta Perseorangan

 

Program Advokasi, Teknologi Dan Anda Bersama Warga Emas telah diadakan pada 9hb Januari 2019 jam 3.00 petang hingga 4.00 petang di PEDi Parit Selangor. Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada teknologi ICT dan penggunaan komputer kepada warga emas. Faedah program ini adalah dapat memberi pendedahan kepada warga emas berkaitan asas-asas penggunaan komputer, maklumat berkaitan faedah-faedah menggunakan ICT serta tunjuk ajar asas komputer dan Microsoft Office Word. Seramai 2 orang peserta terlibat iaitu seorang wanita dan seorang lelaki.

  

 

Teknologi & Anda Bersama Kemas Pontian Besar Kiri

 Tarikh  28 Januari 2019
 Masa : 9.00am - 11.00am
 Lokasi KEMAS Pt Baru
 Peserta KEMAS Pt Baru

 

Program Advokasi Teknologi & Anda Bersama Kemas Pontian Besar Kiri telah diadakan pada 28hb Januari 2019 selama 2 jam iaitu 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.di TABIKA KEMAS Pontian Besar Kiri. Seramai 24 orang murid TABIKA KEMAS terlibat dalam program ini meliputi murid 4 tahun hingga 6 tahun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan mereka kepada teknologi maklumat. melestarikan penggunaan teknologi seperti komputer & netbook etc, memberikan peluang kepada para pelajar, guru, penjaga untuk mendekatkan diri kepada penggunaan teknologi yang betul. Faedah program seperti ini diadakan adalah ianya dapat emberi pendedahan kepada kanak-kanak seawal 4 tahun berkenaan teknologi komputer dan multimedia,memberi peluang mereka menggunakan netbook dengan cara yang betul (penggunaan keypad).