1. FEB

 

 

  1. Advokasi: Teknologi Dan Anda Bersama KEMAS Kg Parit Baru
 Tarikh  14 Feb 2019
 Masa : 10.00am - 12.00pm
 Lokasi PEDi Parit Selangor
 Peserta KEMAS Kg Parit Baru

 

Pada 14 Feb 2019 Program Advokasi : Teknologi & Anda Bersama Kemas Kg Parit Baru telah berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Anak-anak pelajar KEMAS KG PARIT BARU telah hadir ke PEDi Parit Selangor. Sebagai permulaan tahun 2019 ini, mereka diberikan pengenalan kepada teknologi maklumat. Pembelajaran menggunakan peralatan dan kemudahan yang terdapat di PEDi  ini. Contohnya fun learning menerusi laman sesawang www.abcya.com. Aktiviti ini bagi melestarikan penggunaan teknologi seperti komputer & netbook etc. Sekaligus memberikan peluang kepada para pelajar, guru, penjaga untuk mendekatkan diri kepada penggunaan teknologi yang betul.

 

 

 

Advokasi: Mobile Ewaste – Peranti Elektronik

 Tarikh  14 Feb 2019
 Masa : 11.00am - 12.00pm
 Lokasi PEDi Parit Selangor
 Peserta Perseorangan

Kehadiran En. Kamsani ke PEDi  pada 14 Feb 2019 adalah bagi melakukan penyerahan barangan ewaste daripada keluarga en.kamsani. Di mana beliau menyerahkan alat peranti elektronik yang ingin dilupus. Barang-barang tersebut adalah barang beliau dan anak-anak beliau yang telah rosak. Penerangan berkaitan mobile ewaste turut diberikan. Dimana ini bagi menggalakkan aktiviti kitar semula secara betul bagi alat peranti elektronik yang boleh dilupuskan. 

 

 

 

Quiver Art Class

 Tarikh  21 Feb 2019
 Masa : 9.00am - 10.30am
 Lokasi KEMAS Pt Baru
 Peserta KEMAS Kg Parit Baru

Pada 21 Feb 2019 aktiviti interaktif 'Quiver Art Class' telah berlangsung di KEMAS Kg Parit Baru. Bersama anak-anak KEMAS berumur 4 hingga 6 tahun. Aktiviti kreatif bagi menggalakkan mereka berimaginasi dan berfikiran kreatif dengan dibantu oleh applikasi Quiver bagi menghasilkan imej yang telah diwarna bergerak.Mereka diberikan tamplate mewarna yang telah dimuat turun daripada laman sesawang quiver.vision.com. Mereka ditugaskan untuk mewarna lukisan tersebut, setelah itu lukisan mereka akan di gerakkan/ dihidupkan menggunakan aplikasi quiver.vision yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing. ini bagi menstimulasikan imaginasi mereka apabila melihat lukisan yang mereka warna itu bergerak.