cover aprl 

Advokasi Kdb : Buli Siber & Cyber Grooming

 Tarikh  3 April 2019
 Masa : 7.30am - 9.30am
 Lokasi SK Seri Bukit Panjang
 Peserta Pelajar sekolah dan Guru

 

 Tarikh  3 April 2019
 Masa : 11.30am - 1.30pm
 Lokasi SK Parit Selangor
 Peserta Pelajar sekolah dan Guru

Pada 3hb April 2019, telah diadakan Program Advokasi Kdb : Buli Siber & Cyber Grooming di 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang, Pontian dan Sekolah Kebangsaan Parit Sekolah. Untuk  sesi awal pagi, iaitu pada jam 7.30 pagi hingga  9.30 pagi, program advokasi ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang manakala lewat pagi membawa ke sesi tengahari iaitu jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang, program berlangsung di Sekolah Kebangsaan Parit Selangor. Tujuan program ini diadakan di kedua-dua buah sekolah ini adalah untuk Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan kes-kes buli di alam siber atau semasa menggunakan media sosial serta kesedaran kepada mereka berkaitan cyber grooming. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kedua-dua sekolah ini semasa program berlangsung adalah taklimat bagi kedua-dua modul Buli SIber dan Cyber Grooming dan sesi soal-jawab dan kuiz bersama pelajar. Kebaikan program ini adalah ia dapat memberi pendedahan awal kepada murid berkenaan kes-kes buli siber dan cyber grooming, memastikan murid-murid dapat memahami apa yang sebenarnya berlaku di alam cyber dan media sosial. Ia juga dapat memotivasikan murid untuk menggunakan laman sosial sebagai medium sihat, bukan medium yang boleh membawa keburukan. 

       

 

Bengkel Literasi Ict KEMAS Kampung Parit Baru

 Tarikh  4 April 2019
 Masa : 8.30am - 10.30am
 Lokasi PEDi Parit Selangor
 Peserta Pelajar Tabika KEMAS Kg Parit Baru

Pada 4hb April 2019 telah diadakan Bengkel Literasi Ict bersama murid-murid 6 tahun yang bersekolah di TABIKA Kemas Kg Parit Baru. Bertujuan mengajar para pelajar KEMAS yang berumur 6 tahun ini membuat lukisan mudah menggunakan komputer. Program ini bertujuan menggalakkan kemahiran kepada murid 6 tahun dalam penggunaan komputer (PC familiarization). Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah murid-murid di berikan penerangan ringkas penggunaan computer, kemudian diperkenalkan dengan aplikasi PAINT dan kegunaan aplikasi tersebut serta murid-murid ditunjukkan fungsi-fungsi melukis yang ada pada aplikasi PAINT selain diberikan latihan melukis dan mewarna menggunakan PAINT. Kebaikan program ini adalah dapat memberikan peluang kepada murid-murid menggunakan computer, memberi galakan kepada murid-murid untuk berimaginasi dengan melukis, serta menggerakkan motor tangan mereka semasa aktiviti mewarna menggunakan tetikus dan komputer.

 

 

 

Advokasi : Hari Bersama Komuniti PEDi Parit Selangor 2019

 Tarikh  13 April 2019
 Masa : 9.00am - 4.30pm
 Lokasi PEDi Parit Selangor
 Peserta Komuniti Setempat / agensi kerajaan & swasta / iks
  • Pada 13 April 2019, bertempat di PEDi  Parit Selangor telah berlangsung Program Hari Bersama Komuniti PEDi Parit Selangor. Program ini berlangsung dari jam 9.00pagi hingga 4.30 petang. Program tahunan PEDi  seluruh Malaysia ini bertujuan merapatkan hubungan dengan komuniti setempat. Ini bagi mempromosikan PEDi , dashboard komuniti selain promosi produk IKS yang dihasilkan oleh usahawan IKS setempat. Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang program tersebut yang juga turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta. Antaranya, PTPTN, ASNB, KEMAS, PPNJ, IPD, AIM, Coway, Tupperware, dan IKS seperti Bahulu Idaman, Pastri Kak Rahayu dan juga KOSPEN. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Pontian, Tok Bahadun Bin Samirin yang turut dihadiri wakil TM USP En.Shauqi dan juga wakil MSD En. Al-Hafiz Mustafa. Penyertaan dan sambutan yang diterima daripada komuniti setempat sangatlah memberangsangkan. 

 

   

 

 

Program Jom Membaca 2019 Bersama PPNJ

 Tarikh  23 April 2019
 Masa : 10.30am-11.30am
 Lokasi Perpustakaan Awam Pontian
 Peserta Petugas PEDi , pelatih dan petugas PDK Sinar Bakti Pontian

Pada 23 April 2019, satu program telah berlangsung di Perpusatakaan Awam Pontian. Jom Membaca 2019 telah berlangsung serentak diseluruh negara di mana ianya merupakan salah satu aktiviti kempen membaca dikalangan masyarakat dan komuniti setempat. Program yang dianjurkan oleh pihak PPNJ Cawangan Pontian telah disertai oleh petugas PEDi daerah pontian serta para pelatih dan guru-guru daripada PDK SInar Bakti Pontian. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan yang di anjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negara. 

 

 

Advokasi : Di SK Andek Mori

 Tarikh  24 April 2019
 Masa : 8.00am - 11.00am
 Lokasi SK Andek Mori Serkat Pontian
 Peserta Pelajar sekolah dan Guru

 Pada 24 April 2019 bertempat di SK Andek Mori Pontian telah berlangsungnya Program Advokasi Klik Dengan Bijak bersama para pelajar dan guru. Turut Disertai para pelajar daripada beberapa sekolah lain yang berhampiran antaranya, SK Andek Mori, SK Sri Sinaran Chokoh, SK Sg Durian, SK Permas Kelapa, SJKC Pei Chiau, SJKC Ken Boon, SJKC Chi Mang, dan TABIKA KEMAS Serkat Laut. Ini sempena Kempen Kesedaran Alam Sekitar Bersama Taman Negara Tg Piai.