1. ADVOKASI & HEBAHAN ASO DI KARNIVAL PKPDK DAERAH PONTIAN 2019 
  1. Tarikh   12hb September 2019
    Masa  8.30 pagi - 12.30 tengahari
    Lokasi  PDK Sinar Bakti, Pontian
    Peserta Pelatih PDK, Staf PDK dan ibu bapa serta pengunjung
  2. Pada 12hb September 2019, jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari, staf PI parit Selangor bersama-sama staf daripada PEDi  Parit Sapran dan PEDi  Pulai Sebatang telah turut serta ke Advokasi & Hebahan Aso Di Karnival Pkpdk Daerah Pontian 2019 bertempat di PDK Sinar Bakti Pontian. Penglibatan PEDi  di Karnival PKPDK Daerah Pontian ini adalah sebagai salah satu cara bagi mempromosikan PEDi  . Selain itu ia juga menjadi platform bagi menyampaikan maklumat yang terkini berkaitan advokasi MCMC. Selain itu turut dijalankan hebahan berkaitan penamatan siaran tv analog di Malaysia. Masih ada komuniti setempat yang tidak mengetahui mengenai pertukaran siaran tv digital di Malaysia ini. Ini sekaligus dapat mempromosi PEDi   di dalam daerah Pontian amnya dan promosi PEDi  Parit Selangor, khususnya selain promosi dan hebahan maklumat berkenaan MyFreeview. Selain itu, hebahan berkenaan penamatan siaran TV analog di Malaysia secara keseluruhan, penerangan one to one kepada pengunjung yang hadirjuga dijalankan. Kelebihan program ini dijalankan adalah  dapat memberi maklumat berkenaan Pusat Internet dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta memberi informasi berguna kepada pengunjung berkenaan MyFreeview dan penamatan siaran TV analog dan bermulanya siaran TV digital.

 

BENGKEL & BIMBINGAN E-PEMBELAJARAN BAGI CALON UPKK BERSAMA IBU BAPA PENJAGA

Tarikh   28hb September 2019
Masa 9.30 pagi - 11.30 tengahari
Lokasi PEDi  Parit Selangor
Peserta 2 orang calon UPKK dan ibu masing-masing

 

Bengkel Bimbingan E-Pembelajaran Bagi Calon Upkk Bersama Ibu Bapa Penjaga telah diadakan pada 28hb September 2019 (9.30 pagi โ€“ 11.30 pagi) di PI Parit Selangor. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan e-pembelajaran bagi calon upkk bersama ibu bapa penjaga. Calon-calon yang bakal menduduki upkk membuat latihan/quiz menerusi pautan https://join.quizizz.com. Di mana pelbagai soalan quiz upkk boleh dijawab secara interaktif. Ini menarik minat pelajar untuk membuat ulangkaji pelajaran mereka. Seramai 4 orang peserta terlibat dan kebaikan bengkel ini bagi peserta-peserta adalah memberi pendedahan kepada murid soalan-soalan yang โ€œfamiliarโ€ di dalam peperiksaan UPKK serta melatih murid menjawab soalan/kuiz dalam bentuk multimedia interaktif sekaligus menarik minat murid untuk menjawab soalan.