Advokasi Buli Siber dan Cyber Grooming di SK Pengkalan Raja

 

  1. Tarikh   8hb Oktober 2019
    Masa  8.00 pagi - 10.00 pagi
    Lokasi  SK Pengkalan Raja, Pekan Nanas, Pontian
    Peserta Pelajar tahun 4 hingga 6 SK Pengkalan Raja

 

Pada 8hb Oktober 2019 (8.00 pagi – 10.00 pagi), staf PEDi  Parit Selangor telah pergi ke SK Pengkalan Raja, Pekan Nanas Pontian bagi mengadakan program Advokasi merangkumi Modul 1 – Buli Siber dan Modul 2 – Cyber Grooming. Program selama 2 jam itu melibatkan 57 orang murid darjah 4 hingga 6 SK Pengkalan Raja dan 4 orang guru. Tujuan pihak PEDi Parit Selangor bekerjasama dengan SK Pengkalan Raja bagi mengadakan program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan buli siber dan Cyber Grooming bersama-sama para pelajar SK Pengkalan Raja Pontian serta memberikan pendedahan dan maklumat yang berguna kepada para pelajar tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan media sosial. Butiran berkaitan peogram ini adalah Pengenalan kepada ICTdan temubual ringkas berkenaan penggunaan komputer dan gajet bersama peserta program, Taklimat Buli Siber dan Cyber Grooming menggunakan Slide Powerpoint dengan paparan projector di hadapan dewan, berserta tayangan video yang berkaitan, serta sesi soal-jawab dan kuiz, peserta yang berjaya menjawab soalan yang betul diberikan hadiah. Kelebihan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid pentingnya keselamatan diri dan maklumat mereka di atas talian dan memberi pengetahuan asas cara-cara melindungi diri serta do’s and don’t’s di laman sosial. Semoga segala perkongsian yang kami berikan kepada semua peserta dapat dimanfaatkan sepenuhnya seterusnya mengurangkan kadar buli di laman sosial.

 

 

 Program Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Kampung Parit Baru

 

  1. Tarikh   12hb Oktober 2019
    Masa  8.00 pagi - 12.00 tengahari
    Lokasi  Kampung Parit Baru
    Peserta 36 orang pelbagai peringkat umur

 

Umum tahu, kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan, telah mengumumkan bahawa bulan Oktober 2019 merupakan Bulan Sukan Negara. Jadi, komuniti Kampung Parit Baru dengan kerjasama KEMAS Kampung parit Baru telah mengadakan Hari Sukan Negara pada 12hb Oktober 2019 dari jam8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Staf PEDi  Parit Selangor tidak ketinggalan untuk turut serta dan merakamkan momen-momen menarik sepanjang program di samping mengeratkan ukhwah kami bersama komuniti. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memeriahkan program Bulan Sukan Negara 2019. Aktiviti ini melibatkan guru, anak-anak KEMAS, pelajar, penjaga serta komuniti kampung. Penyertaan ini diharap dapat mewujudkan kerjasama dengan komuniti kampung dan juga mengeratkan hubungan PEDi dengan masyarakat setempat. Seramai 36 orang peserta terdiri daripada semua peringkat umur terlibat memeriahkan program ini, dan menyertai acara yang diadakan iaitu Senamrobik dan Sukan Rakyat. Kelebihan program ini adalah untuk menggalakkan komuniti mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk kampung, komuniti sekitar dan staf PEDi  Parit Selangor.

 

 

Pelancaran Warna Baharu TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan

 

  1. Tarikh   28hb Oktober 2019
    Masa  10.30 pagi - 12.30 tengahari
    Lokasi TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru
    Peserta Komuniti Kampung Parit Baru pelbagai peringkat umur

 

 

Pelancaran Warna Baharu TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 28hb Oktober 2019 di TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru. Sebagai PEDi  yang banyak bekerjasama dengan KEMAS Kampung Parit Baru, kami amat berbesar hati kerana dapat turut serta memeriahkan majlis yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun. Kami menyantuni undangan pihak TABIKA KEMAS bagi Program Pelancaran Warna Baharu TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan, dan ini menunjukkan hubungan kerjasama yang baik di antaraPEDi   dan pihak TABIKA KEMAS Kg Parit Baru. Butiran berkaitan program ini adalah taklimat dan pelancaran warna baharu TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun. Kelebihan dan kebaikan kami turut serta di dalam program ini amnya, dan penduduk Kampung Parit Baru khasnya, ianya dapat mengeratkan silaturrahim di antara staf TABIKA KEMAS, komuniti dan staf PEDi  serta meningkatkan pengetahuan melalui info yang disampaikan oleh YB Menteri.