1. E-Learning bersama murid TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru

 

Program ini telah diadakan pada 3hb Ogos di PEDi Parit Selangor bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak Pra-Sekolah kepada teknologi ICT, multimedia dan e-pembelajaran. Seramai 24 orang murid TABIKA yang terlibat dengan bantuan guru TABIKA iaitu Puan Noraswana Samino. Program ini dapat memberi kebaikan kepada murid-murid ini kerana ia dapat merangsang minda kanak-kanak tabika dengan penggunaan multimedia, komputer, kemahiran berfikir dan warna.

Perlaksanaan bagi aktiviti ini adalah dengan mengadakan Latihan e-learning menggunakan komputer dan smartboard menerusi laman web www.abcya.com dan aktiviti sokongan tayangan video menerusi YouTube di Smartboard

 

 

 

Aktiviti Gotong Royong Menaikkan Bendera Sempena Kemerdekaan ke-60

 

Program ini telah dijalankan pada 22hb Ogos 2017 di kawasan sekitar PEDi bertujuan menyambut bulan kemerdekaan Malaysia ke-60. Seramai 8 orang belia terlibat, terdiri dari kalangan belia Parit Selangor dan Kampung Parit Baru. Aktiviti ini dapat memupuk semangat patriotik di kalangan belia selain semangat kerjasama di dalam membuat aktiviti bersama-sama di antara mereka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti memasang dan menaikkan bendera negeri Johor dan bendera Malaysia di sekitar PEDi .

 

fb

 

Aktiviti Belia & penyertaan Instamerdeka 2017

 

Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 pada tahun ini (2017). Belia yang tinggal disekitar kawasan PEDi Parit Selangor telah mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan #instamerdeka yang memerlukan mereka menghantar gambar yang memaparkan bendera Malaysia secara kreatif dengan kata-kata yang menarik menerusi laman instagram peribadi mereka mahupun penyertaan melalui instagram PEDi sendiri. Berikut merupakan beberapa 'moment' mereka sewaktu mengambil gambar. Boleh juga ke laman instagram kami @paritselangor. 

bnm