Pihak berkuasa keselamatan yang berhampiran dengan PEDir adalah sejauh lebih kurang 6km iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian. Rondaan secara berkala sering di lakukan oleh pegawai polis peronda bagi memantau keselamatan kawasan kampung. Kumpulan belia dan orang kampung juga turut mengadakan rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan kampung bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.