NAMA NUR ELEENA BINTI SADIKON
KATEGORI   USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : PRODUK NANAS
 ALAMAT NO 50 BATU 32 KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

eleena

Saudari Eleena merupakan graduan ekonomi daripada UNIMAS. Telah mula membantu perniagaan keluarga sejak kecil lagi. Perniagaan keluarga beliau lebih dikenali dengan produk yang berjenama Josa Pine. Mempunyai ladang nanas sendiri yang terletak di belakang rumah keluarga beliau. Turut mempunyai kilang memproses produk nanas mereka sendiri. Perniagaan keluarga saudari Eleena ini telah mendapat bantuan daripada MOA dan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk membuat lawatan dan kajian. Saudari Eleena memang telah terdedah dengan ict dan penggunaan internet. Sebelum kewujudan PEDi , beliau akan ke bandar bagi mendapatkan perkhidmatan internet bagi urusan seharian. Kewujudan PEDi telah menjadi tempat kunjungan beliau dalam melaksanakan urusan seharian yang melibatkan internet. Kerana rumah beliau dan PEDi adalah berdekatan. Beliau juga sering menggunakan kemudahan menfotostat dokumen dan sebagainya di PEDi . Ini memudahkan dan mempercepatkan urusan beliau.  

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA NORHAZALIZA MONTAHA
KATEGORI   USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : CHIA SEED
 ALAMAT JLN MAS MERAH KG PARIT BARU 81500 PEKAN NANAS

 

chiaseed
Puan Norhazaliza baru sahaja memulakan perniagaan online ini secara kecil-kecilan menerusi facebook beberapa bulan ini. Menjual produk kesihatan โ€˜chia seedโ€™. Beliau memiliki facebook sendiri dan merupakan seorang pengguna laman sosial yang aktif. Mempromosikan produk tersebut menerusi laman facebook dan PEDi sendiri merupakan antara rangkaian rakan facebook beliau. 
Beliau baru sahaja menjadi ahli PEDi , dan masa lapang bagi menjalani kelas adalah terhad di samping tugas beliau sebagai suri rumah.Beliau mempelajari bagaimana pemasaran / pengiklanan secara kerap di facebook. Oleh kerana masa yang terhad, beliau menggunakan telefon pintar sebagai medium atau pun alat yang mudah untuk dibawa kemana-mana bagi membuat promosi. Beliau hanya perlu memastikan data internet yang dimiliki adalah mencukupi. PEDi akan memantau Puan Norhazaliza pada masa akan datang. Kekangan masa menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke PEDi . Kami berhasrat membantu beliau pada masa akan datang. Dari segi membuat video promosi sendiri dan juga penggambaran produk yang beliau jual. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA SOFIE AZWIN MOHAMMAD
KATEGORI   CELIK IT
 ALAMAT NO 41 A PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

20161007 095745

Adik Sofea Azwin berumur 11 tahun dan merupakan pelajar Tahun 5 SK Parit Selangor pada tahun ini dan akan menduduki UPSR pada 2017. Sebelum ini, beliau merupakan seorang pengguna yang pasif. Mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan ict. Hanya mengetahui penggunaan youtube sahaja dan bermain permainan game. Melalui kelas ict yang sering diikuti setiap hujung minggu, adik ini telah mampu untuk menggunakan komputer lebih daripada menonton youtube sahaja. Beliau telah mahir dalam asas Microsoft Office (Words, Excel, Powerpoint). Mampu menaip dan membuat kertas pembentangan yang menarik. Mampu mengingati dan mempraktikkan kemahiran yang dipelajari. Beliau turut mahir membuat video ringkas menggunakan aplikasi movie maker. Seorang yang kreatif dan teliti dalam membuat semua kerja yang diberi walaupun agak pendiam. Beliau mempelajari Microsoft Office dengan intensif. Mampu menyediakan slide pembentangan yang menarik menggunakan Microsoft Powerpoint. Meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Inggeris kerana kebanyakan bahan dan kerja yang diberikan oleh petugas adalah dalam Bahasa Inggeris. Sekaligus meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Telah mempunyai email peribadi sendiri dan mampu menggunakannya. PEDi telah membantu adik Sofea Azwin dalam meningkatkan kemahiran Bahasa Inggerisnya. Selain itu, apabila minggu peperiksaan, petugas turut memberikan latihan atau pun kelas ulangkaji bagi beberapa pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Matematik dengan kaedah pembelajaran online. 

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA SITI HAJAR ROSLAN
KATEGORI   USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : BISKUT RAYA
 ALAMAT KG PARIT SELANGOR 81500 PEKAN NANAS

 

 

Beliau merupakan seorang lepasan graduan university awam tempatan (UITM) dalam bidang pemasaran dan perniagaan. Oleh kerana sebelum ini beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap, ini telah menyebabkan beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Sebelum ini, Cik Siti Hajar menjalankan perniagaan ini dari rumah pada tahun 2015 dan mula serius untuk mengembangkan perniagaan biskut rayanya bermula pada tahun 2016. Kini mengembangkan cabang produknya dengan menjadi ajen kepada produk murtabak mini keluaran sebuah syarikat bumiputera tempatan.Selain berniaga sendiri beliau turut bekerja dengan syarikat muhammadiahFoodIndustriesSdnBhd sebagai pegawai pemasaran di mana beliau hanya melakukannya di rumah sambil berniaga.  Memandangkan permintaan produk yang semakin bertambah dari semasa ke semasa dan melihat potensi pasaran yang ada, beliau bercadang untuk menambah baik produk beliau dengan cuba memasarkannya secara online di samping mengekalkan perniagaan secara terus kepada pelanggan. 

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA KEMAS KG PT BARU
KATEGORI CELIK IT
 ALAMAT KG PARIT BARU

 

Seramai 16 orang murid mengikuti program ini tapi hanya beberapa orang sahaja yang diberi pendedahan awal di rumah menggunakan komputer. Semasa program dijalankan, agak sukar untuk memahirkan mereka menggunakan tetikus, tetapi selepas dua jam program dijalankan  mereka Berjaya mengatasi masalah tersebut. Anak-anak TABIKA kemas yang turut serta kebanyakannya mempunyai kemahiran yg sangat minima dalam penggunaan komputer. Hanya segelintir yang mengetahui apa itu komputer dan bagaimana menggunakannya dengan betul. Selepas sesi pembelajaran asas komputer (ICT) dilihat mereka menunjukkan minat terhadap sesuatu yang baru dan ingin mempelajarinya lebih lagi. Kerana penggunaan aplikasi yang menarik dapat mengubah cara pembelajaran mereka di dalam kelas agar tidak tertumpu kepada p&p biasa sahaja. Murid ditunjukkan cara-cara ON komputer, menaip turutan ABC dan cara-cara menggunakan tetikus dengan betul. Murid diberi peluang membuat latihan menggunakan Smartboard. Murid menampilkan keyakinan diri yang tinggi untuk membuat latihan menggunakan Smartboard. PEDi membantu memperkenalkan laman-laman web e-learning kepada murid. Memberi penekanan kepada kemahiran menggunakan peralatan komputer seperti tetikus dan papan kekunci. Memperkenalkan Smartboard kepada murid agar murid tidak ketinggalan dengan teknologi ICT terkini

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA MOHD NURKHAIRUL AMIRIN
KATEGORI   USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : ABC
 ALAMAT KG PARIT BARU 81500 PEKAN NANAS

 

 mirin

Adik Amirin menyambung pelajaran di Koleh Kemahiran Bina Negara (KKBN) cawangan Pontian di Ayer Baloi. Sebelum menyambung pelajaran, beliau telah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan berniaga abc di hadapan rumah beliau secara sambilan. Apabila beliau meneruskan pelajaran, perniagaan ini telah dibantu oleh ahli keluarga beliau yang lain dan akan berniaga seperti biasa semasa pulang bercuti. Beliau telah dan masih mempelajari berkaitan perniagaan secara online buat masa sekarang. Beliau hanya dapat mengikuti kelas apabila pulang bercuti. Sebagai pelajar sekaligus menjalankan perniagaan secara sambilan memerlukan beliau untuk bijak membahagikan masa di antara pelajaran dan juga perniagaan. Beliau mempelajari penggunaan komputer dari asas penggunaan komputer dan perisian secara asas. Ini kerana kemahiran ini turut diperlukan dalam menyiapkan tugasan pembelajaran beliau di kolej kemahiran tersebut. Selain itu beliau turut mempelajari penggunaan facebook, aplikasi whatsapp sebagai medium untuk memasarkan produk perniagaan beliau walaupun secara sambilan. Petugas PI membantu mempromosikan produk menerusi rangkaian komuniti setempat serta memberi kelas tambahan.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA NASRIN NAZURAH HAIRUL EHSAN
KATEGORI CELIK IT
 ALAMAT KG PARIT BARU BATU 31 81500 PEKAN NANAS

 

20160429 102342

Merupakan pelajar SK Parit Selangor dalam Tahun 5. Mempunyai tahap kemahiran ict yang sangat asas pada mulanya. Telah meningkat kepada tahap sederhana. Merupakan salah seorang pelajar sekolah yang sering datang ke PI pada setiap hujung minggu untuk mengikuti kelas komputer serta aktif dalam mengikuti aktiviti PEDi . Penglibatan adik Nasrin ini adalah atas pengetahuan ibu bapanya juga. Mempelajari penggunaan asas Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel) & asas internet (membuat email, akaun media sosial), E-learning (menerusi web www.abcya.com, sksgrokam.edu.my/portal/). Peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih baik menerusi online education secara fun learning. Mampu membuat slide pembentangan dengan sendiri. Kreatif dalam menghasilkan kad menggunakan komputer dengan hanya menggunakan perisian asas seperti Microsoft word dan paint. Sepanjang kelas yang dihadiri, beliau telah mempunyai email peribadi sendiri dan mampu menggunakan aplikasi internet dengan baik. Pendedahan kepada media sosial dengan memiliki akaun facebook dan Instagram sendiri. Kemahiran dalam penggunaan Microsoft Office juga telah bertambah baik. Mampu membuat slide pembentangan power point sendiri. Peningkatan dalam kemahiran menaip dan penggunaan perisian. Seorang yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu tugasan bercirikan seni.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

NAMA ZURAINI BINTI HUSSIN
KATEGORI   USAHAWAN
 JENIS PERNIAGAAN : KUIH MUIH
 ALAMAT KOMPLEKS PENGHULU MUKIM PONTIAN

 kakju kakju 2

Puan Zuraini pada asalnya hanya menerima tempahan membuat biskut dan kek secara suka-suka iaitu hanya untuk kawan-kawan dan saudara terdekat pada tahun 2014. Semakin lama, biskut dan kek beliau mula mendapat tempat di pasaran, jadi beliau berhasrat mahu mengembangkan perniagaan beliau secara online. Menerima tempahan secara offline dan secara online produk makanan seperti biskut, kuih muih dan menerima tempahan untuk jamuan dan majlis perkahwinan.  Sebelum ini rumah Pn Zuraini telah dilengkapi dengan kemudahan wifi. Tetapi ianya hanya terhad untuk kegunaan kerja suami beliau dan pembelajaran anak-anak semata-mata. Serta bagi kemudahan penggunaan whatsapp di telefon pintar. Kemudian selepas PEDi ini dibuka, Pn Zuraini telah datang berjumpa petugas bagi mempelajari cara-cara bagi membuat akaun facebook. Ini bertujuan untuk mempromosikan lagi produknya kepada masyarakat luar dan tidak terhad kepada kenalannya semata-mata. Internet telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan Pn Zuraini. Contohnya, penggunaan aplikasi whatsapp bagi tujuan komunikasi. Menggunakan facebook sebagai alat pemasaran dan cara untuk berhubung dengan kenalan baru. Permintaan pelanggan melalui post-post di Facebook juga semakin bertambah berbanding sebelum ini kebanyakannya tempahan dibuat melalui panggilan telefon dan pelanggan sendiri yang datang ke rumah beliau. Beliau telah mempelajari cara membuka akaun email dan Facebook, membuat iklan menggunakan MS Word, cara memasarkan produk beliau di Facebook & cara untuk muat naik gambar produk di Facebook.