Pertandingan Video Pendek "Tidak Pasti, Jangan Kongsi"

 

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti NADI . Pertandingan video pendek ini bertemakan โ€œTidak Pasti, Jangan Kongsiโ€ akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.

Seperti sedia maklum, penyebaran berita palsu merupakan satu isu lazim di Malaysia dan telah menjadi global pada masa ini. Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Oleh yang demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web www.sebenarnya.my.

 

 Maklumat dan Syarat-syarat Penyertaan

 

Progam Kitar Semula Peranti Elektronik

Jika anda mempunyai barangan elektronik terpakai seperti telefon bimbit, PSP, pengecas telefon bimbit, tablet, powerbank serta gajet-gejat yang lain, yang tidak digunakan lagi, bolehlah datang ke NADI Parit Selangor dan menghantar barangan anda ke sini sebagai langkah untuk mengitar semula gajet-gajet tersebut. Program ini berlangsung secara berterusan demi menghargai alam sekitar.

 

 

 

Maklumat Am Kampung

Kampung Parit Selangor adalah sebuah perkampungan tradisi yang terletak di dalam daerah Pontian menghubungkan beberapa kawasan seperti Kampung Parit Semerah, Kampung Parit Kudus, Jalan Johor, Parit Baru dan Parit Mesjid. Kampung ini berkeluasan 582.4 hektar di mana 565.8 hektar merupakan hak milik persendirian dan selebihnya 16.6 hektar merupakan hak milik kerajaan. 

Kampung Parit Selangor ditadbir oleh 2 orang Penghulu Mukim Pontian iaitu, Encik Muhaimin Bin Hussin dan Encik Luqmanul Hakim Bin Zulkarnain (2024) yang menjalankan pentadbiran di Kompleks Penghulu Mukim Pontian bersebelahan dengan NADI Parit Selangor.