Muat turun permainan "Boink Ball" dan menangi hadiah-hadiah menarik!!!!

Bagaimana untuk muat turun ‘Boink Ball’ di Google Play????

- Klik ikon Play Store untuk buka Google Play.
- Taip perkataan “Boink Ball” di ruang carian.
- Klik Ikon “Boink Ball” dari Kuaci Studio.
- Klik butang INSTALL.
- Klik butang ACCEPT dan tunggu sehingga “Boink Ball” selesai di muat turun.
- Klik butang OPEN dan mula bermain.

Cara menyertai event game PEDi untuk permainan Boink Ball.

- Klik butang LOGIN.
- Masukkan Username (Id PEDi anda) dan Password dan klik butang OK.
- Masukkan No telefon anda dan klik butang ACCEPT untuk menerima Terms and Conditions yang diberi.
- Klik butang LEADERBOARD untuk melihat Ranking anda.
- Leaderboard dan ranking juga boleh dilihat setiap kali permainan tamat.
- Leaderboard di tentukan dengan markah yang paling tinggi.

Pertandingan tamat pada 31hb Disember 2017, cepat-cepat join dan jangan terlepas peluang!!!

DDDD

 

Dc3 posters 1

Fakulti Multimedia Creative, Multimedia University (MMU) dengan kerjasama Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG) menganjurkan Digital Creative Content Creation Competition 2017.

Penyertaan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu orang awam, pelajar sekolah, dan IPTA/IPTS.

Kategori pertandingan :
1. Photography (Fotografi)
2. Digital Image Manipulation (Manipulasi imej digital)
3. New Media (Media Baru)
4. Video-Short Movie (Video- Cerita Pendek)

Penyertaan adalah secara atas talian, sila layari https://dc3awards.com/
----------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh Tutup : 31 October 2017.
----------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan ini, sila salurkan kepada admin@dc3awards.com/

 

Pertandingan Video Pendek "Tidak Pasti, Jangan Kongsi"

 

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti NADI . Pertandingan video pendek ini bertemakan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.

Seperti sedia maklum, penyebaran berita palsu merupakan satu isu lazim di Malaysia dan telah menjadi global pada masa ini. Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Oleh yang demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web www.sebenarnya.my.

 

 Maklumat dan Syarat-syarat Penyertaan

 

Progam Kitar Semula Peranti Elektronik

Jika anda mempunyai barangan elektronik terpakai seperti telefon bimbit, PSP, pengecas telefon bimbit, tablet, powerbank serta gajet-gejat yang lain, yang tidak digunakan lagi, bolehlah datang ke NADI Parit Selangor dan menghantar barangan anda ke sini sebagai langkah untuk mengitar semula gajet-gajet tersebut. Program ini berlangsung secara berterusan demi menghargai alam sekitar.

 

 

 

Maklumat Am Kampung

Kampung Parit Selangor adalah sebuah perkampungan tradisi yang terletak di dalam daerah Pontian menghubungkan beberapa kawasan seperti Kampung Parit Semerah, Kampung Parit Kudus, Jalan Johor, Parit Baru dan Parit Mesjid. Kampung ini berkeluasan 582.4 hektar di mana 565.8 hektar merupakan hak milik persendirian dan selebihnya 16.6 hektar merupakan hak milik kerajaan. 

Kampung Parit Selangor ditadbir oleh 2 orang Penghulu Mukim Pontian iaitu, Encik Muhaimin Bin Hussin dan Encik Luqmanul Hakim Bin Zulkarnain (2024) yang menjalankan pentadbiran di Kompleks Penghulu Mukim Pontian bersebelahan dengan NADI Parit Selangor. 

Bertempat di SK PARIT SELANGOR pada 03 OKT 2017, Pengumpulan bahan-bahan kitar semula utk Program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2017. Menyumbang barangan mana yang termampu, selebihnya daripada komuniti sekitar, gambar diambil pada hari pengumpulan pada 3 OKT 2017.

 

 

 

NADI Parit Selangor  merupakan salah satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

NADI Parit Selangor ini telah mula beroperasi pada 1hb Oktober 2015. Sehingga Julai 2023, terdapat 437 orang ahli berdaftar dan mendapat manfaat daripada semua perkhidmatan yang disediakan. Antara perkhidmatan yang disediakan selain penggunaan Internet di sini adalah Latihan ICT, latihan Keusahawanan, perkhidmatan mencetak, fotostat, binding, scanning dan laminate.