1. E-Learning bersama murid TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru

 

Program ini telah diadakan pada 3hb Ogos di PEDi Parit Selangor bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak Pra-Sekolah kepada teknologi ICT, multimedia dan e-pembelajaran. Seramai 24 orang murid TABIKA yang terlibat dengan bantuan guru TABIKA iaitu Puan Noraswana Samino. Program ini dapat memberi kebaikan kepada murid-murid ini kerana ia dapat merangsang minda kanak-kanak tabika dengan penggunaan multimedia, komputer, kemahiran berfikir dan warna.

Perlaksanaan bagi aktiviti ini adalah dengan mengadakan Latihan e-learning menggunakan komputer dan smartboard menerusi laman web www.abcya.com dan aktiviti sokongan tayangan video menerusi YouTube di Smartboard

 

 

 

Aktiviti Gotong Royong Menaikkan Bendera Sempena Kemerdekaan ke-60

 

Program ini telah dijalankan pada 22hb Ogos 2017 di kawasan sekitar PEDi bertujuan menyambut bulan kemerdekaan Malaysia ke-60. Seramai 8 orang belia terlibat, terdiri dari kalangan belia Parit Selangor dan Kampung Parit Baru. Aktiviti ini dapat memupuk semangat patriotik di kalangan belia selain semangat kerjasama di dalam membuat aktiviti bersama-sama di antara mereka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti memasang dan menaikkan bendera negeri Johor dan bendera Malaysia di sekitar PEDi .

 

fb

 

Aktiviti Belia & penyertaan Instamerdeka 2017

 

Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 pada tahun ini (2017). Belia yang tinggal disekitar kawasan PEDi Parit Selangor telah mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan #instamerdeka yang memerlukan mereka menghantar gambar yang memaparkan bendera Malaysia secara kreatif dengan kata-kata yang menarik menerusi laman instagram peribadi mereka mahupun penyertaan melalui instagram PEDi sendiri. Berikut merupakan beberapa 'moment' mereka sewaktu mengambil gambar. Boleh juga ke laman instagram kami @paritselangor. 

bnm

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI MEI 2017

 

 

FORUM DASHBOARD KOMUNITI

 

 

Berlangsung pada 16 Mei 2017 hingga 18 Mei 2017 bertempat di The Summit Hotel Subang. Forum yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan membincangkan perancangan Dashboard Komuniti (2017-2020) khususnya kepada PEDi di bawah kelolaan Telekom Malaysia (TM). Seramai lebih kurang 397 orang pengurus PEDi di bawah seliaan TM dan MSD telah terlibat di dalam forum ini selain para Pengurus Wilayah dan kakitangan MSD yang lain. Ini bagi memberikan gambaran bagaimana program Dashboard Komuniti ini akan berjalan sepanjang 3-4 tahun akan dating. Forum ini telah menerima kehadiran Pengurus Besar SNS TM, Pegawai-pegawai TM, Pengerusi MSD Intelligence Sdn Bhd serta para staff MSD yang lain. Semasa forum ini juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada kluster terbaik daripada setiap wilayah. Ini bagi memberikan insentif dan penghargaan kepada mereka di atas usaha yang telah ditunjukkan.

 

 

BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP (PROGRAM MIV PEDi PARIT SELANGOR)

 

Berlangsung pada 20 mei 2017, bertempat di bilik latihan PEDi Parit Selangor. Bengkel ini dijalankan oleh sukarelawan MIV Saudara Zul Hazmi yang berkongsi ilmu serta kemahiran yang ada dalam penggunaan perisisan Adobe Photoshop bersama para belia Kampung Parit Selangor ini. Ini merupakan salah satu cara beliau berbakti kepada komuniti setempat yang merupakan kampung halaman beliau sendiri. Seramai 10 orang remaja/ belia telah terlibat dalam bengkel ini. Mereka diajar menggunakan adobe photoshop untuk menghasilkan logo /  sticker. Sekaligus melahirkan idea-idea kreatif dalam diri anak-anak muda ini.

 

 

E-WASTE COLLECTION (PERTANDINGAN MOBILE E-WASTE WILAYAH SELATAN)

 

SKMM Wilayah Selatan telah menganjurkan pertandingan mobile e-waste. Pertandingan ini telah berjalan sejak penghujung tahun 2016 sehingga penghujung April 2017. Ini bagi memupuk kesedaran masyarakat berkaitan kitar semula peranti elektronik mereka dan memberi kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar. Pada 23 Mei 2017, sessi kutipan barangan Mobile E-waste bagi PEDi  di Daerah Pontian yang menyertai pertandingan ini telah dijalankan di PEDi Rambah. Sebanyak 5 buah PEDi dari Daerah Pontian yang terdiri daripada PEDi Rambah, PEDi Taman Nilam, PEDi Pekan Nanas, PEDi Parit Sapran, PEDi Parit Selangor telah terlibat menghantarkan hasil kutipan barangan e-waste masing-masing pada hari tersebut. Kutipan barangan e-waste telah dilakukan oleh wakil pegawai dari SKMM sendiri.

 

 

GOTONG ROYONG PI PARIT SELANGOR

 

 356

Pada 26 Mei 2017, satu aktiviti bersama belia/remaja ahli PEDi telah diadakan di PEDi Parit Selangor. Aktiviti tersebut adalah gotong-royong mini membersihkan kawasan PEDi . ini bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang bakal tiba. Para remaja ini telah menyertai aktiviti seperti memotong rumput, mentrim pokok, membersihkan longkang dan kawasan sekitar. Begitu juga kawasan dalaman PEDi . aktiviti ini dilakukan bersama-sama petugas PEDi dengan harapan dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan belia ini dan juga petugas. Selain untuk memupuk semangat menjaga kebersihan kawasan secara bersama.

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI JUN 2017

 

E-LEARNING (www.cookie.com)

 

35

PADA 10 Jun 2017,  kelas e-learning mingguan telah dijalankan. Kali ini pelajar/ remaja yang terlibat diberikan pendedahan bagi menggunakan aplikasi online menerusi www.cookie.com. Menerusi laman web ini mereka didedahkan dengan latihan-latihan pendidikan yang berbentuk permainan sekaligus melatih minda pelajar untuk lebih aktif berinteraksi dengan bahan multimedia secara interaktif.

 

 

PROGRAM JOM NGAJI #malaysiangaji

 

43

Pada 19 Jun 2017 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian telah berlangsung satu program berbentuk kerohanian iaitu ‘Jom Ngaji’ #malaysiangaji. Program ini telah disertai oleh petugas PEDi Parit Selangor bersama-sama petugas Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian serta petugas dan pelatih dari PDK Sinar Bakti Pontian. Bacaan surah Yassin secara beramai-ramai selama lebih kurang 30 minit telah dijalankan.  Tujuan program ini adalah bagi memupuk semangat membudayakan Al-Quran di kalangan umat Islam. Program ini telah berlangsung serentak diseluruh negara dengan hashtag #malaysiangaji.

 

 

AKTIVITI MENGANYAM KETUPAT HIASAN SEMPENA AIDILFITRI

 

            4

Pada 20 jun 2017 bertempat di PEDi Parit Selangor, telah dijalankan aktiviti menganyam ketupat sebagai hiasan sempena sambutan Aidilfitri. Apa yang menariknya, aktiviti ini telah disertai oleh para belia/remaja lelaki sekitar Kg Parit Selangor dan Kg Parit Baru. Mereka telah mempelajari cara menganyam ketupat daripada petugasPEDi . Kemahiran menganyam ketupat ini boleh dipraktikkan kelak. Sekaligus mengelakkan pupusnya kemahiran menganyam ketupat dalam generasi muda kita.  

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2017

 

LITERASI ICT DAN DASHBOARD KOMUNITI

bn

Pada 22 Julai 2017 telah berlangsung sebuah program Hari Literasi ICT dan Dashboard Komuniti Raya bertempat di PEDi Parit Selangor. Tujuan program ini adalah untuk, memberikan pendedahan kepada pengguna dan pengunjung kepentingan ICT dan perkhidmatan ICT yang disediakan di PEDi . Mempromosikan Dashboard Komuniti dan memperluaskan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti kepada pengguna smartphone di kalangan komuniti setempat. Menggalakkan pemeriksaan berkala di kalangan komuniti menerusi program My Health. Memperkenalkan dan menggalakkan pemasaran secara online di kalangan usahawan menerusi platform My Shop. Seramai 61 pengunjung yang terdiri daripada Kanak-kanak tadika KEMAS Kg Parit Baru telah menyertai bengkel literasi ict. Selain itu Para belia /  remaja / penjaga turut serta memeriahkan hari tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya, tayangan video Klik Dengan Bijak, Skrip ke Skrin, pemeriksaan kesihatan MyHealth, Pin up Location, download aplikasi dashboard dsb. Aktiviti pada hari ini turut diselitkan dengan jamuan hari raya 2017 memandangkan aktiviti ini berlangsung pada penghujung bulan syawal.

 

 

LAPORAN AKTIVITI PEDi APRIL 2017

 

MINI GOTONG ROYONG SEKITAR KAWASAN PEDi

1 April 2017 (9.00 pagi – 11.00 pagi). Permulaan bulan April, bertempat di PEDi Parit Selangor. Seramai 10 orang remaja/belia telah bersama-sama petugas telah membersihkan kawasan sekitar PEDi agar lebih bersih dan kemas teratur. Sekaligus mengajar nilai murni mengenai penjagaan kebersihan dan semangat kerjasama. Selepas selesai kerja-kerja pembersihan, sedikit jamuan ringkas turut disediakan bagi menghargai usaha serta penat lelah mereka semua.

 

 

REFRESHMENT TRAINING PENGURUS PEDi JOHOR

Pada 18 April hingga 20 April 2017. Bertempat di Bayu Marina Resort Johor Bahru. Refreshment Training kepada Pengurus PEDi (TM) seramai 39 orang bersama Dashboard Team HQ dan juga Pejabat Pengurusan MSD Wilayah Selatan. Ini bagi menentukan hala tuju aktiviti sepanjang tahun serta penetapan KPI. Turut hadir En.Tawfiq daripada MSD HQ. Turut diadakan sessi town hall bersama Regional Manager.

 VCF

BENGKEL MIV SKMM

Pada 21 April dan 22 April 2017. Bertempat di Le Granduer Palm Resort Senai. Satu bengkel untuk Program Malaysia ICT Volunteer bersama pihak SKMM Wilayah Selatan. Seramai 36 orang wakil petugas PEDi di daerah Pontian serta anggota sukarelawan yang menyertai program MIV ini. Memberikan penerangan lanjut mengenai MIV serta apakah tugas yang akan dilakukan oleh seorang sukarelawan ICT. Turut hadir adalah Pengarah SKMM Wilayah Selatan Puan Rozita. Pelbagai aktiviti tutur dijalankan semasa bengkel antaranya taklimat serta bengkel berkaitan MIV/ e-pay/communication skills/ online marketing/ photography & videorgraphy, serta eksplorace.

 4NB

JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

Pada 25 April 2017 (10.30 pagi hingga 12.30 tengahari). Bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian, telah dijalankan Program Jom Membaca bersama 10 Minit. Seramai 20 orang pengunjung yang terdiri daripada pelatih serta petugas PDK Sinar Bakti telah menyertai program ini. Program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Pontian ini bertujuan bagi memupuk minat membaca dikalangan masyarakat.

 1CV

 

LAPORAN AKTIVITI PEDi MAC 2017

 

KEMPEN KUTIPAN MOBILE E-WASTE & PERTANDINGAN MEWARNA E-WASTE

Pada 9 Mac 2017 bertempat di KEMAS Pontian Besar Kiri. Bertujuan memperkenalkan murid-murid berkenaan kitar semula peranti elektronik melalui aktiviti mewarna. Selain itu sebagai salah satu aktiviti bagi kempen pengumpulan peranti elektronik daripada komuniti (ibu bapa penjaga anak-anak TABIKA KEMAS) di samping memberi penerangan berkenaan kitar semula peranti elektronik dan kesan buruk kepada diri dan persekitaran.

 2CV

TEMUBUAL UNTUK ‘MENARIK DI PONTIAN’

11 Mac 2017 di Sue Vee Art Pekan Nanas Pontian. Satu temubual ringkas telah dijalankan berkenaan perniagaan Printing yang dijalankan oleh Syarikat tempatan Sue Vee Art di mana hasil temubual tersebut akan dijadikan bahan kandungan Page “Menarik di Pontian”. Syarikat ini diusahakan oleh 5 orang anak muda melayu. Masing-masing mempunyai pekerjaan tetap lain dan menjadikan perniagaan ini sebagai salah satu medium menambahkan pendapatan mereka.

 

PROGRAM TTT SKMM BERSAMA PEDi  JOHOR

12 Mac & 13 Mac 2017, bertempat di KSL Hotel & Resort , Johor Bahru. Taklimat oleh pihak SKMM bagi memberikan maklumat berkenaan program advokasi dan perancangan program advokasi 2017 kepada pengurus dan penolong pengurus PI negeri Johor. Seramai 84 orang pengurus/ penolong pengurus PI1M telah terlibat dalam TTT ini.

 

LATIHAN E-PEMBELAJARAN ABCYA.COM

22 Mac 2017 bertempat di PEDi Parit Selangor bersama 3 orang anak-anak pelajar TABIKA KEMAS PARIT BARU. Latihan penggunaan e-pembelajaran ringkas bagi memberi pendedahan kepada murid penggunaan aplikasi e-pembelajaran. Latihan e-pembelajaran bagi murid tadika yang tidak pernah menggunakan apa-apa aplikasi e-pembelajaran, latihan yang diberikan adalah latihan mengenal huruf.

 

BENGKEL PENGGUNAAN INTERNET DAN HRMIS

29 Mac 2017 bertempat di PEDi Parit Selangor. Latihan penggunaan Internet dan latihan memasukkan data di dalam aplikasi HRMIS kepada 2 orang guru Sekolah Agama Parit Selangor.

 

 

LAPORAN AKTIVITI PEDi FEBRUARI 2017

 

ILES (INTEL LEARN EASY STEP)

(6 Feb 2017 till 21 Feb 2017 (every Monday & Tuesday) 10.00am – 12.00pm) bertempat di PEDi Parit Selangor. Kelas komputer Intel Learn Easy Step kepada belia lepasan sekolah, bagi memahirkan lagi dalam penggunaan asas MS office. Aktiviti pembelajaran ILES melibatkan asas teknologi maklumat, membuat email, asas kepada Microsoft Word, Excel, dan Power Point. Diakhiri dengan membuat pembentangan keseluruhan dan resume bagi kegunaan peserta. Menyediakan belia lepasan sekolah ini dengan pengetahuan ict yang paling asas sebelum menceburi bidang pekerjaan.

 3CV

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID KG PT SELANGOR

17 Feb 2017 (6.30pm-11.00pm), bertempat di Masjid Jamek Kg Parit Selangor Pekan Nanas Pontian Johor. Sambutan Maulidur Rasul berserta ceramah agama oleh Tn Hj Salamian bin surip. Turut diadakan pertandingan azan dan hafazan bagi kanak-kanak. Dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk setempat dengan aktiviti sesama komuniti.

 

EDITING IMAGE USING MICROSOFT WORD

25 Feb 2017 (9.30am – 11.30am) bertempat di PEDi Parit Selangor. Pelajar sekolah rendah diajar untuk mengedit imej menggunakan Microsoft word.Mengedit gambar yang kosong menjadi lebih menarik dengan meletakkan gambar-gambar lain sebagai pelengkap. Menggunakan Microsoft Word secara kreatif & menarik minat pelajar untuk membuat suatu kelainan menerusi pembelajaran Microsoft word.

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI PEDi JANUARI 2017

 

CAKNA ICT KOMUNITI BESTARI

11 Januari 2017. Satu program bagi menggalakkan komuniti celik ICT telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor Cawangan Pontian. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, spt permainan ict, taklimat keusahawanan, KDB,  sukaneka etc. Sebagai salah satu aktiviti bagi mendekatkan PJL, Perpustakaan, PEDi dengan komuniti sekitar menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.

 

E-LEARNING KEMAS PONTIAN BESAR KIRI

26 Januari 2017 bertempat di KEMAS PONTIAN BESAR KIRI. Program e-learning (aplikasi pembalajaran kepada kanak-kanak seawal umur 4 tahun). Pembelajaran menggunakan netbook sebagai langkah bagi mempelbagaikan kaedah pembelajaran mereka. Kepelbagaian kaedah pembelajaran akan menarik minat anak-anak generasi Y yang lebih terdedah dengan teknologi maklumat.

4CV

 

FAST TYPING TEST

27 Januari 2017 bertempat di PEDi Parit Selangor. Ujian menaip bagi pengunjung terutamanya pelajar sekolah rendah dan menengah. Sebagai asas kepada pengenalan ICT bagi permulaan tahun 2017. Ujian menaip berdasarkan teks dan kosa kata yang pelbagai seperti pantun, gurindam, dan sajak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mengimbas kembali apa yang telah dipelajari sepanjang Januari mengenai asas dalam penggunaan Microsoft word.

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI PEDi  DISEMBER 2016

 

PROGRAM KENALI DASHBOARD KOMUNITI

4hb Disember 2016 (8.00am – 1.00pm) bertempat di PEDi Pulai Sebatang, Pontian. Mempromosikan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Ceramah Keusahawanan, Pameran Mobile e-Waste, KDB, Wheel of IT, Cabutan bertuah, pertandingan basikal terlambat, capteh lelaki dan perempuan, pertandingan masakan etc. Hadiah & hamper kepada para pemenang bagi setiap aktiviti yang di jalankan dan hadiah bagi cabutan bertuah.

 5CV

BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP

8hb Disember 2016 (2.30pm – 4.00pm) bertempat di PEDi Parit Selangor. Latihan membuat iklan menggunakan Adobe Photoshop. Bagi melahirkan komuniti yang mahir menggunakan aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat rekaan seni.

 

LATIHAN ULANGKAJI MS EXCEL

9hb Disember 2016 (9.30am – 11.30am) bertempat di PEDi Parit Selangor. Latihan memasukkan nombor pada sel dan mencipta jadual. Ini bagi menguji kemahiran pelajar dalam menggunakan MS Excel.

 

MESYUARAT PEDi KLUSTER PONTIAN

29hb Disember 2016 (9.30am – 1.00pm) bertempat di PEDi Parit Selangor. Perbincangan berkaitan PEDi kluster Pontian, promosi FB Page Menarik dan Pontian dan promosi Dashboard Komuniti. Membincangkan program-program baru sepanjang awal 2017 dan cadangan-cadangan mempromosikan dashboard komuniti dan promosi FB Page Menarik di Pontian.

 

PROGRAM MAULIDUR RASUL MUKIM PONTIAN

30hb Disember 2016 (8.30am – 11.00pm) bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Pontian, Kampung Parit Selangor. Sambutan Maulidurrasul mengingati kelahiran junjungan besar Rasulullah saw. Pelbagai acara dijalankan antaranya ceramah agama, perujian azan dan Hafazan Kanak-kanak, perujian berzanji, Ceramah Agama Sempena Maulidur rasul Persembahan Nasyid & Selawat beramai-ramai.

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI PEDi NOVEMBER 2016

 

KELAS MEMBINA E-MAIL

18hb November 2016 (9.30am – 11.30am) bertempat PI Parit Selangor. Membina e-mail, melatih cara-cara untuk compose, reply, forward email dan attach picture dan document pada e-mail. Melatih pelajar untuk membiasakan diri menggunakan aplikasi e-mail dalam apa jua urusan. Pelajar dapat menggunakan e-mail bagi urusan-urusan secara online.

 

CREATIVE DAY LEGO ONLINE

22hb November 2016 (9.30am – 12.30noon) bertempat PEDi Parit Selangor. Menyusun block LEGO secara online bagi menghasilkan satu struktur (bangunan/ binatang/ dsb. Melahirkan individu yang kreatif dalam membuat seinibina secara online. Menguji kreativiti pelajar dan melatih pelajar membiasakan diri dengan penggunaan 2 mouse. Pelajar dapat melatih dan merangsang minda untuk menjadi lebih kreatif.

 

HARI DASHBOARD KOMUNITI KLUSTER PONTIAN

24hb November 2016 (8.00am – 1.00pm)bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (Pontian). Pameran Dashboard Komuniti, KDB, Taklimat Keusahawanan, Promosi Mobile e-Waste dan Wheel of IT. Pameran Booth OUM Pontian, Jualan Usahawan, Pemeriksaan Kesihatan KKM, pertandingan mewarna pra sekolah, kuiz komputer PDK. Mempromosikan dashboard komuniti kepada penduduk setempat di samping mempromosi perkhidmatan mobile e-waste. Komuniti dapat mengenali fungsi dashboard komuniti, maklum berkenaan fungsi mobile e-waste, mendapat ilmu keusahawanan daripada taklimat keusahawanan yang dijalankan, komuniti dapat membuat pemeriksaan kesihatan dan mengetahui tahap kesihatan mereka selain memenangi pelbagai hadiah bagi penyertaan aktiviti dan cabutan bertuah. Goodies kepada peserta yang menyertai pertandingan dan hadiah kepada pemenang yang Berjaya.

 

PROGRAM EKSPLORASI DASHBOARD

26hb November 2016 (9.30am – 12.30pm) bertempat PEDi Parit Selangor. Penggunaan Dashboard Komuniti oleh peserta, Kuiz Dashboard Komuniti & Wheel of IT. Melatih komuniti (murid sekolah terutamanya) menggunakan aplikasi dashboard komuniti untuk menerima maklumat dan menghantar maklumat kepada ahli-ahli komuniti yang lain. Goodies kepada peserta yang menyertai pertandingan dan hadiah kepada pemenang yang Berjaya. Peserta dapat memahirkan diri dengan menggunakan aplikasi dashboard dan beberapa komponen yang terdapat dalam dashboard komuniti.

 

PERTANDINGAN POSTER DASHBOARD

30hb November 2015 (3.00pm – 5.00pm) bertempat PEDi Parit Selangor. pertandingan Poster Dashboard. Menguji kemampuan pelajar-pelajar yang telah mengikuti bengkel Adobe Photoshop dengan menyertai pertandingan membina poster dashboard komuniti. Melatih peserta menjadi kreatif dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop.

 

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI PEDi OKTOBER 2016

 

BENGKEL MATEMATIK ONLINE

7HB OKTOBER 2016 (9.30AM – 11.30AM) BERTEMPAT PEDi PARIT SELANGOR. [BENGKEL MATEMATIK ONLINE] – Memandangkan murid-murid akan menghadapi peperiksaan akhir tahun pada penghujung bulan Oktober, maka pihak PEDi mengadakan bengkel Matematik bagi memantapkan kemampuan murid untuk menjawab soalan peperiksaan kelak. Kami menggunakan laman web berikut:  www.skgsgrokam.edu.my/portal sebagai bahan latihan.

 

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KG PT SELANGOR DAN DAERAH PONTIAN

8HB OKTOBER 2016 (7.30AM-1.00PM) BERTEMPAT DI PERKARANGAN BALAI RAYA KG PT BARU & PADANG MINI STADIUM PONTIAN. HARI SUKAN NEGARA-Disambut serentak diseluruh negara. Bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat. Satu sukan untuk satu individu. Disertai oleh penduduk Kg Pt Selangor dan Kg Pt Baru / pelajar SK Pt Selangor/ pelajar Tabika KEMAS Kg Pt Baru di perkarangan balai raya Kg Pt baru. Manakala di perkarangan padang Stadium Pontian disertai oleh pelajar-pelajar sekolah sekitar kawasan bandar dan penduduk daerah Pontian. Di peringkat kampung, antara aktiviti yang dijalankan adalah 10000 langkah dan senamrobik. Manakala di peringkat daerah, antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik (zafina), strongman, pertandingan bola jaring, kayuhan muafakat oleh belia, serta kanak-kanak tadika. Seni mempertahankan diri seperti silat dan teakwando.

 6CV

AKTIVITI MENGUJI MINDA (JIGSAW PUZZLE)

14HB OKTOBER 2016 (9.30AM - 11.30AM) BERTEMPAT PEDi PARIT SELANGOR. AKTIVITI MENGUJI MINDA (JIGSAW PUZZLE)– Aktiviti santai untuk melatih murid menggunakan kecergasan minda di dalam menyiapkan puzzle yang diberikan.

 

MESYUARAT KLUSTER PI PONTIAN (TM)

20HB OKTOBER (9.30AM-12.30NOON) BERTEMPAT DI PEDi PULAI SEBATANG. MESYUARAT KLUSTER PEDi PONTIAN (TM)-membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada November dan Disember 2016. Selaras dengan bajet yang telah diberikan kepada setiap kluster.

 

KELAS ULANGKAJI MATEMATIK & BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

21 & 22 OKTOBER 2016 (9.30AM – 12.30NOON) BERTEMPAT DI PEDi PARIT SELANGOR. KELAS ULANGKAJI MATEMATIK & BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH  – Latihan ulangkaji murid sekolah rendah tahap 2 bagi subjek Matematik & Bahasa Melayu memandangkan murid akan menghadapi peperiksaan akhir pada minggu tersebut. Pelajar diberikan latihan-latihan matematik dan bahasa melayu mengikut tahap (darjah 4 & 5) latihan diberikan dimuat turun secara online, kemudian latihan yang telah disiapkan disemak oleh petugas PEDi .

 

BENGKEL SKRIP KE SKRIN (MCMC & MMU NUSAJAYA)

25 & 26 OKTOBER 2016 (7.30AM-7.00PM) BERTEMPAT DI MMU NUSAJAYA. 60 orang petugas PEDi  daripada pelbagai pengendali perkhidmatan di wilayah selatan (Melaka/Johor). Melatih para petugas PEDi berkaitan asas membuat rakaman video/editing/merangka skrip sebelum merealisasikannya di skrin. antara aktiviti yang dijalankan ialah menghasilkan cerita pendek berdurasi 2 minit berdasarkan tema yang diberikan iaitu kisah seram.