GAMBA

 MESYUARAT BERSAMA PIHAK WILAYAH SELATAN & HQ MSD

Tarikh   19 Mac 2021
Masa 11.00Am - .12.00Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta kesemua petugas PEDi (TM) Johor

Pada tarikh berkenaan, satu mesyuarat secara atas talian menggunakan aplikasi zoom melibatkan semua petugas PEDi negeri Johor bersama-sama pihak pengurusan MSD wilayah Selatan dan HQ. Objektif mesyuarat ini adalah berkaitan tentang penambahan aktiviti yang akan dijalan pada bulan april ini. Salah satunya mengadakan sesi pembelajaran secara bersemuka di PEDi untuk pelajar sekolah rendah/menengah. Pihak PEDi  turut menawarkan perkhidmatan pendaftaran vaksin covid19. Ini bagi memudahkan komuniti setempat melakukan pendaftaran.

PROMOSI PENGGUNAAN PIK KEPADA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TG PIAI

Tarikh   12 Mac 2021
Masa 10.00Am - 12.00Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

4 orang pelajar kolej komuniti tanjung piai pontian

Sekumpulan pelajar kolej komuniti Tg Piai telah datang bagi menyiapkan tugasan mereka. Di PEDi kami menggalakan pelajar untuk datang bagi menyiapkan tugasan di mana kami menyediakan pelbagai kemudahan. Sebagai contoh, tempat belajar yang selasa, kemudahan wifi, berpenghawa dingin, kemudahan cetakan dan fotostat turut disediakan. 

ONLINE TRAINING : Video Tutorial Cara Memuat Naik Gambar Instagram Menggunakan PC (Di FB PIK)

Tarikh   23 Mac 2021
Masa 10.00Am - 6.00Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

video perkongsian mendapat 23 FB view, 6 Like. Hanya beberapa nama pemilik FB yang berdaftar dengan PEDi sahaja di masukkan ke dalam CMS  

 

Perkongsian dilakukan secara atas talian melalui medium media sosial PEDi . Kami mengambil inisiatif melalui video tutorial yang boleh menjadi rujukan kepada komuniti sekitar. Kali ini kami mengambil inisiatif melakukan ONLINE TRAINING : Video Tutorial Cara Memuat Naik Gambar Instagram Menggunakan PC (Di FB PEDi ). Perkongsian ini boleh menjadi rujukan komuniti media sosial kami pada masa akan datang. 

KUNJUNGAN MUHIBAH PENGHULU KANAN MUKIM PONTIAN

Tarikh   30 Mac 2021
Masa 10.00Am - 11.00Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

Penghulu Mukim Pontian (Tok Roslan)

Pada 30 Mac 2021, Penghulu baru mukim Pontian, Tuan Roslan Bokari selaku Penghulu Kanan Daerah Pontian telah mengadakan kunjungan ke PEDi Parit Selangor bagi mengadakan perbincangan kerjasama program. Ini merupakan kunjungan pertama beliau setelah bertukar mukim pentadbiran. 

FEB 2021

 

Perkongsian Bersama Penulis Novel Satira (karya Terbaru)

Tarikh   4 FEBUARI 2021
Masa 9.00Am - .10.00am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 1 Orang remaja 

 

Pada tarikh berkenaan, Tuan Hj Khairy yang juga merupakan seorang penulis novel satira telah berkunjung ke PEDi Parit Selangor bagi tujuan mencetak e-majalah terbitan DBP ‘Jendela Selatan’, yang memaparkan wajah beliau sebagai muka depan. Edisi kali ini mengisahkan tentang perjalanan beliau dalam menghasilkan karya novel satira.Disamping itu penggunjung yang hadir ke PEDi Parit Selangor ini dapat menambah ilmu pengetahuan berkenaan novel-novel yang telah dihasilkan oleh Tuan Hj Khairy. Sedikit sebanyak novel yang telah dihasilkan oleh Tuan Hj Khairy ini dapat menghidupkan budaya membaca didalam komuniti ini.

 

ONLINE TRAINING : Video Tutorial aplikasi 'Nanite'

Tarikh   4 FEBUARI 2021
Masa 9.00Am - 6.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Video perkongsian ini mendapat 40 FB view pada 4 Feb 2021, 7 Like, 1 Share. 39 view di FB Story (data sehingga 6.00pm / 4 FEB 2021)

 

Pada tarikh berkenaan, PEDi parit Selangor telah Membuat perkongsian di atas talian melalui medium media sosial. Kami mengambil inisiatif melalui video tutorial yang boleh menjadi rujukan kepada komuniti sekitar. Video tutorial ini menerangkan cara-cara memuat turun pelbagai aplikasi di laptop atau computer, contohnya seperti antivirus,Spotify,Winrar dan pelbagai lagi aplikasi yang ada didalam laman web tersebut. Aplikasi ini juga boleh digunakan di pelbagai jenis computer tidak kira computer lama ataupun baharu.

 

ADVOKASI : TEKNOLOGI & ANDA (ONLINE TRAINING : Video Tutorial Kemaskini BPR) 

Tarikh   9 FEBUARI  2021
Masa 9.00Am - 6.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Video perkongsian ini mendapat 22 FB view pada 9 Feb 2021, 4 Like, 39 view di FB Story (data sehingga 6.00pm / 9 FEB 2021)

 

Membuat perkongsian di atas talian melalui medium media sosial PEDi Komuniti. Kami mengambil inisiatif melalui video tutorial yang boleh menjadi rujukan kepada komuniti sekitar. Video yang telah dimuat naik ini adalah langkah-langkah untuk mengisi form secara atas talian yang diberikan nama bantuan prihatin rakyat (BPR) yang telah diumumkan oleh menteri keewangan pada baru baru ini. Secara tidak langsung video yang telah di kongsikan  ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang berkelayakkan  dan juga dapat memberi dorongan kepada orang-orang yang kurang mahir dari segi penggunakan komputer.

 

Google meet: Sesi Perbincangan Berkenaan Program Mac 2021 bagi Kluster Pontian 

Tarikh   27 FEBUARI 2021
Masa 10.00Am - 11.00am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta  10 PEDi DAERAH PONTIAN 

 

Mendengar penerangan daripada ketua kluster berkenaan program atas talian yang dirancang dilakukan pada Mac 2021. Penerangan ini sendiri daripada ketua kluster berkenaan program atas talian yang dirancang dilakukan pada Mac 2021 dan bagaimana perjalanan program pada tarikh yang dipilih. Program ini akan dirialisasikan oleh semua pik yang terdiri daripada 10 didalam daerah Pontian, diantaranya ialah 8 PEDi TM ,
1 PEDi DIGI dan 1 PEDi MAXIS . Disamping itu, didalam perbincangan ini semua petugas pik diminta memberikan cadangan dan buah fikiran berkenaan program tersebut supaya program yang dirancangkan ini mendapat sambutan  orang ramai.

 

LAPORAN AKTVT DISEMBER 2020

 

ADVOKASI : MOBILE EWASTE BERSAMA KOMUNITI 

Tarikh   7 Dec 2020
Masa 9.30am - 10.00am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Pengunjung PIK

 

Kempen Mobile Ewaste berjalan sepanjang tahun di PEDi Parit Selangor. Penduduk setempat boleh menghantar barangan e-waste mereka di sini bagi proses pengumpulan. Ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengurusan e-sisa mereka dengan berkesan. Pada bulan ini, terdapat komuniti yang juga OKU telah membuat penyerahan barangan e-waste.

 

CLASS FOR TEENAGERS

Tarikh   17HB, 20HB,  22HB & 2HB DISEMBER 2020
Masa 2.15pm - 5.15pm
Lokasi PEDi  Parit Selangor
Peserta 2 Orang Remaja

 

Pada tarikh berkenaan, sesi kelas pembelajaran telah dijalankan. Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas pelajar dalam menggunakan perisian MS Office. Ibu bapa pelajar ini telah membuat temu janji awal dan meminta kelas tambahan buat anak-anak mereka yang sedang belajar di sekolah menengah.17hb Dec 2020 kelas asas pengenalan MS word serta formatting telah dijalankan (menaip surat rasmi). 20hb Dec 2020, asas membuat jadual, pengeditan imej. 22hb Dec 2020, asas MS excel, membuat jadual di dalam excel, simple formula in excel, graf. 24hb Dec 2020, asas MS Power Point, membuat slide pembentangan.

 

 

 

 

 

 

 

 PORTAL JAN 2021

CLASS FOR TEENAGERS

Tarikh   4 & 7 JANUARI 2021
Masa 3.00Pm - 5.00pm
Lokasi PEDi  Parit Selangor
Peserta 2 Orang remaja 

 

Pada tarikh berkenaan, sesi kelas pembelajaran telah dijalankan. Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas pelajar dalam menggunakan perisian MS Office. Ibu bapa pelajar ini telah membuat temu janji awal dan meminta kelas tambahan buat anak-anak mereka yang sedang belajar di sekolah menengah. PEDi memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pengetahuan asas komputer. Pada 4 & 7 hb Januari 2021 3.00pm hingga 5.00pm telah diadakan sesi pembelajaran asas komputer. Seramai 2 orang remaja telah mengikut kelas ini. Pada tarikh 4hb Januari mereka telah diajar tentang penggunaan asas ms excel. Pada 7hb pula mereka diajar menggunakan ms power point dan sesi pembentangan. 

 

ONLINE TRAINING : Video Tutorial Cara Membuat Google Form di FB PEDi 

Tarikh   22 JANUARI 2021
Masa 9.00am - 6.00pm
Lokasi FB PEDi Parit Selangor
Peserta Video perkongsian ini mendapat 87 FB view pada 22jan2021, 12 Like, 3 Share. 39 view di FB Story (data sehingga 6.00pm / 22 Jan 2021)

 

Pada 22 Januari PEDi Parit Selangor  telah memuat naik video dihalaman facebooknya secara tidak langsung ia  menjadi bahan rujukan kepada mereka yang ingin membuat ‘google form’ dalam jangka masa panjang. Di mana video ini boleh diguna pakai kepada semua untuk menambahkan ilmu pengetahuan.  Video perkongsian ini mendapat 87 FB view pada 22jan2021, 12 Like, 3 Share. 39 view di FB Story (data sehingga 6.00pm / 22 Jan 2021)

 

ONLINE TRAINING : Video Tutorial Cara Sign in email di FB PEDi 

Tarikh   22 JANUARI 2021
Masa 9.00am - 6.00pm
Lokasi FB PEDi Parit Selangor
Peserta Video perkongsian ini mendapat 50 FB view pada 22jan2021. 6 Like. 1 Share. 27 view di FB Story  (data sehingga 6.00pm / 22 Jan 2021).

 

Pada 22 Januari PEDi Parit Selangor  telah memuat naik video dihalaman facebooknya secara tidak langsung ia  menjadi bahan rujukan kepada mereka yang ingin membuat ‘Email Gmail’ dalam jangka masa panjang. Di mana video ini boleh diguna pakai kepada semua untuk menambahkan ilmu pengetahuan.  Video perkongsian ini mendapat 50 FB view pada 22jan2021. 6 Like. 1 Share. 27 view di FB Story  (data sehingga 6.00pm / 22 Jan 2021).

 

 

LAPORAN AKTVT NOV 2020

 

 

KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA (MIV 2020)  

Tarikh   5 & 6 November 2020
Masa 9.00am - 5.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 10 pengunjung

 

Kempen Kebebasan Bersuara MIV 2020 ini diadakan bagi mewar-warkan kepada komuniti/pengunjung PEDi khususnya berkenaan #thruthcampaign yang dilaksanakan oleh pihak MCMC. Ini bagi membendung penularan berita palsu dikalangan masyarakat lebih-lebih lagi kini negara dan dunia secara keseluruhannya sedang menghadapi pandemic covid19.Penerangan ringkas oleh petugas berkenaan #thruthcampaign ini menerusi poster /bunting yang dibekalkan kepada PEDi oleh pihak MCMC. Mereka turut bergambar bersama bunting #thruthcampaign

 

Pertandingan PIALA KAHOOT PERINGKAT KEBANGSAAN (Kategori Sek Rendah) 

Tarikh   18 & 19 November 2020
Masa 11.00am - 12.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 5 pengunjung

 

Pihak SK Parit Selangor telah pun memohon kerjasama PEDi Parit Selangor bagi membantu mereka melaksanakan program ini. Pertandingan PIALA KAHOOT Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini dijalankan secara atas talian. Pertandingan di jalankan secara atas talian dengan menggunakan kemudahan internet di PEDi . Pada peringkat akhir, pertandingan akhir dijalankan, dimulakan dengan sidang video menggunakan aplikasi google meet oleh pihak urusetia yang disertai wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.