COVER OKT 2020

 

ADVOKASI MOBILE EWASTE

Tarikh   9 Oktober 2020
Masa 4.00pm - 4.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 3 pengunjung

 

Kempen Mobile Ewaste berjalan sepanjang tahun di PEDi Parit Selangor. Penduduk setempat boleh menghantar barangan e-waste mereka di sini bagi proses pengumpulan. Ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengurusan e-sisa mereka dengan berkesan. Pada tarikh ini, beberapa penduduk setempat telah membawa e-sisa mereka untuk diletakkan di dalam kotak pengumpulan yang terdiri daripada barangan elektronik seperti telefon pintar dan pengecas yang telah rosak. 

 

 

ADVOKASI : MIV SHARING SESSION (online platform) 

Tarikh   21 Oktober 2020
Masa 10.00am - 11.00am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 3 orang peserta MIV

 

Aktiviti perkongsian makllumat berkaitan Kempen Kebebasan Bersuara oleh MCMC kepada komuniti menerusi aplikasi atas talian berikutan pandemic Covid19 ketika ini. Perkongsian bahan berkaitan kempen kebebasan bersuara menerusi laman media sosial setiap peserta. Seperti Facebook, Instagram, Twitter, youtube, Whatsapp etc. Perkongsian juga dilakukan secara berkala dengan menyasarkan jumlah penonton / rakan di laman facebook untuk turut melihatnya. Ini bagi mendidik / memberi kesedaran kepada komuniti media sosial secara atas talian secara langsung dan tidak langsung.

 

 

 

 

 

COVER PORTAL SEPT 2020

 

SIDANG VIDEO BERSAMA MCMC (MIV) Klik Dengan Bijak

Tarikh   5 Sept 2020
Masa 10.30am - 12.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 3 orang peserta MIV

 

Pada 5 sept 2020, satu sidang video bersama MCMC (MIV) telah diadakan secara serentak diseluruh negara. Sidang video ini merupakan bengkel MIV bagi tahun 2020. Seramai 3 orang peserta MIV dari PEDi Parit Selangor telah menyertai taklimat / bengkel ini. Tujuan bengkel/taklimat ini diadakan adalah bagi memberi penerangan jelas dan terperinci berkenaan program MIV serta tugasan-tugasan yang harus dilaksanakan oleh para sukarelawan MIV. Sukarelawan juga diberi taklimat berkenaan kandungan Klik dengan Bijak. Bengkel diadakan secara atas talian memandangkan kita masih berada dalam tempoh PKPP berbanding bengkel sebelum ini yang dijalankan secara bersemuka

       

 

Advokasi: KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR TAHUN 6 SK PARIT SELANGOR  

 

Tarikh   11 Sept 2020
Masa 11.00am - 12.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 12 orang pelajar tahun 6 SK Parit Selangor

 

Bertarikh 11 Sept 2020, sedikit perkongsian Klik dengan bijak bersama pelajar tahun 6 SK Parit Selangor. Para pelajar tahun 6 ini hadir bagi menduduki online test bagi subjek Teknologi Maklumat (TMK). Perkongsian berkaitan buli siber dikalangan para pelajar terdapat di dalam ujian TMK tersebut. Mereka dikehendaki memahami situasi yang diberikan sebelum menjawab soalan kuiz. Penerangan tambahan bagi memudahkan mereka memahaminya. 

 

 

 

      

 

ADVOKASI : TEKNOLOGI & ANDA (norma baharu PEDi & keusahawanan)

 

Tarikh   17hb Julai 2020
Masa 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

4 orang pelajar IPT dan Belia

 

Pada 17hb Julai 2020, pihak PEDi Parit Selangor telah mempromosikan penggunaan PEDi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi di dalam suasana norma baharu dan juga mempromosikan Pertandingan Usahawan yang berlangsung sepanjang Ogos hingga November. Seramai 4 orang individu terlibat di dalam promosi ini merangkumi pelajar IPT, remaja dan belia. Butiran berkaitan aktiviti ini adalah pengenalan kepada norma baharu di PEDi , di mana petugas memberi penerangan ringkas kepada pengguna dan pelajar agar mereka dpt mengamalkan norma baharu di PEDi serta penerangan kepada program anjuran PEDi iaitu Pertandingan Usahawan yang berlangsung sepanjang Ogos hingga November. Kelebihan adanya promosi seperti ini adalah dapat melatih pengguna/pelajar agar sentiasa mengamalkan norma baharu bukan sahaja di PEDi malah di mana-mana sahaja mereka berada serta menggalakkan pengguna/pelajar menyertai Pertandingan Usahawan sekaligus memberi peluang mereka menyertai kursus Shopee/Lazada, selain menggalakkan mereka menjadi usahawan di samping memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan.

  

 

 ADVOKASI : TEKNOLOGI DAN ANDA (norma baharu PEDi ) dan bimbingan tugasan sekolah

  

Tarikh   21hb Julai 2020
Masa 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

2 orang pelajar SMK Tan Sri Osman Sa'at

 

Pada 21hb Julai 2020, pihak PEDi Parit Selangor telah memberi bimbingan kepada pelajar bagi melancarkan tugasan sekolah mereka. Di mana mereka perlu membuat pembentangan secara maya menggunakan peralatan IT seperti smartboard/komputer dan telefon pintar. Seramai dua orang pelajar sekolah menengah telah terlibat iaitu kedua-duanya pelajar daripada Sekolah Tan Sri Osman Sa'at, Pontian. Butiran berkaitan aktiviti adalah pengenalan kepada norma baharu di PEDi , di mana petugas memberi penerangan ringkas kepada pelajar agar mereka dapat mengamalkan norma baharu di PEDi kerana ianya melibatkan SOP yang telah ditetapkan di PEDi dan mana-mana premis awam. Kemudian, pelajar telah diberi pengenalan kepada penggunaan smartboard untuk pembentangan kerja sekolah secara maya. Kelebihan dan kebaikan aktiviti ini adalah ianya dapat melatih pengguna/pelajar agar sentiasa mengamalkan norma baharu bukan sahaja di PEDi malah di mana-mana sahaja mereka berada dan memudahkan pelajar membuat pembentangan tugasan dengan bimbingan daripada petugas.

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advokasi Teknologi & Anda

 

Tarikh   7 Ogos 2020
Masa 9.45 pagi - 10.45 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

7 orang pelajar tahun 6 SK Parit Selangor

 

Advokasi Teknologi & Anda, KDB bersama pelajar tahun 6 telah diadakan pada 7hb Ogos 2020 jam 9.45 pagi – 10.45 pagi di PEDi Parit Selangor. Program ini bertujuan memberi pengenalan kepada Teknologi dan Anda kepada pembelajaran masa kini disamping pemantauan dan bimbingan tugasan Scratch yang dijalankan oleh pelajar-pelajar ini. Seramai 7 orang pelajar tahun 6 telah terlibat dan butiran aktiviti adalah penerangan ringkas etika menggunakan komputer di PEDi dan etika di laman sosial, dan bimbingan serta bantuan membuat animasi menggunakan aplikasi Scratch. Kelebihan aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar etika menggunakan komputer dan etika di media sosial serta dapat memberi idea dan bantuan kepada murid berkenaan animasi yang mereka cipta.

 

  

 

ADVOKASI : ASPIRASI DIGITAL (Bengkel Asas Shopee bersama usahawan)

 

Tarikh   13 - 15 Ogos 2020
Masa 9.00am - 1.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

11 orang belia dan dewasa

 

ADVOKASI : ASPIRASI DIGITAL (Bengkel Asas Shopee bersama usahawan) Perkongsian Klik dengan bijak dan Bengkel Asas Shopee bersama usahawan telah dijalankan di PEDi Parit Selangor selama 3 hari iaitu 13 - 15 Ogos 2020. Seramai 11 orang peserta telah terlibat di dalam menjayakan Bengkel ini. Bengkel ini bertujuan membawa usahawan online dan bukan online kepada satu platform yang lebih praktikal di dalam melariskan jualan mereka. Butiran aktiviti sepanjang bengkel ini dijalankan adalah penerangan ringkas etika menggunakan komputer di PEDi dan etika di laman sosial dan juga kelas bimbingan Shopee. Kelebihan bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan etika menggunakan komputer dan etika di media sosial serta memberi peluang kepada ushawan dan bakal usahawan membuat jualan di platform Shopee di samping menyertai pertandingan Usahawan PEDi 2020. 

 

   

 

 

Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020

 

Tarikh   27 Ogos 2020
Masa 2.30pm - 3.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

Maksimum 20 orang sahaja

 

Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020 telah diadakan pada 27hb Ogos 2020 jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020 ini telah diadakan sepanjang bulan Ogos dan tiba masanya pihak PEDi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya. Memandangkan kita berada dalam fasa PKPP, hanya 20 (maksimum) orang sahaja yang dibenarkan turut serta. Butiran majlis ini adalah ucapan ringkas Ketua Kampung dan Bacaan Doa serta penyampaian hadiah kepada pemenang. Kelebihan aktiviti ini selain memberi hadiah kepada pemenang, ianya juga dapat menggalakkan ramai lagi komuniti untuk terlibat di dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PEDi . 

  

 

Bimbingan: Penggunaan e-Mail dan MS Word

 

Pada 15hb Jun 2020 Tuan Haji Khairy telah datang ke PEDi bagi melakukan tugasan beliau. Pada masa sama petugas telah membimbing beliau cara-cara menggunakan email dan MS Office Word. Tujuan bimbingan diberikan adalah untuk memberi kemahiran kepada beliau dalam membina e-mail, menghantar email, menulis ucapan pada email, melampirkan fail, forward email dan membuat pembetulan pada email yang tersalah hantar. Antara butiran latihan tersebut adalah membina e-mail, menghantar email, menulis ucapan pada email, attach file, forward email dan membuat pembetulan pada email yang tersilap hantar. Kebaikan aktiviti ini adalah untuk memudahkan beliau untuk menggunakan aplikasi gmail pada masa akan datang. 

 

  

 

Bimbingan Menyiapkan Tugasan Tingkatan 2 Dan 3

 

Tarikh   25hb Jun 2020
Masa 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Sofie Azwin Muhammad
Najiah Amalina Binti Kamsani

 

 

 Kedua-dua pelajar ini telah datang ke PEDi dan meminta bantuan untuk mereka menyiapkan tugasan mereka sebelum bermulanya musim persekolahan. Tujuan utama kami menjalankan program bimbingan ini adalah untuk membantu kedua-dua pelajar ini menyiapkan tugasan sekolah mereka memandangkan kerja-kerja sekolah sekarang diberi secara online dan mesti disiapkan dan dihantar sebelum naik musik persekolahan. Kebaikan aktiviti ini adalah dapat membantu mereka menyiapkan kerja sekolah mereka dengan cepat sekaligus mengurangkan tempoh penggunaan komputer.