22

BIMBINGAN : MS (Table) Function

Tarikh   4/2/2022
Masa 3.00 pm - 4.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

Sulaiman bin esa

 

Encik Sulaiman telah datang ke Pedi bagi mendapatkan bantuan dari kakitangan pedi cara bagaimana hendak membuat borang dengan menggunakan ms untuk perniagaan isteri beliau. Borang yang dibuat itu boleh digunakan pada masa-masa akan bagi memudahkan urusan jual beli untuk perniagaan beliau. Secara tidak langsung encik sulaiman dapat mempelajari ilmu baru yang bermanfaat dari kakitangan pedi parit Selangor.

 

ADVOKASI & SEMBANG SANTAI MENJANA INCOME BERSAMA SAUDARA ADAM (Belia Tempatan)

Tarikh   5/2/2022
Masa 9.30 am - 1.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

Nama

No K/P

FADLEE AMIN ABDILLAH

 

MOHD HUSSIN HAMIS

 

SHAH RIDZAD

 

KAALAF

 

AFIFEE RAMAN

 

REDZUAN ABD RAHMAN

 

MOHAMAD HAZIQ DHIYA BIN JAMIL 

 

 

 

Pada  5 february yang lalu telah adanya program advokasi & perkongsian bersama saudara adam. Program yang saudara adam kongsikan adalah cara-cara menjana pendapatan income dollar dengan menjual product tempatan dengan menggunakan applikasi ecommence ebay. Didalam sesi kongsian ini saudara adam telah menujukkan cara jual dan beli secara langsung kepada rakan-rakan yang hadir ke program ini. Secara tidak langsung dalam perkongsian ini ia dapat menarik minat anak-anak muda untuk menjana pendapatan.

LAPORAN AKTIVITI PEDI JAN

BIMBINGAN: Facebook page setup kepada usahawan 

Tarikh   9/1/2022
Masa 9.30 am - 12.30 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Jariah Samino

 

Pada 9 Januari 2022, Puan Jariah telah membuat temujanji bagi mendapatkan bimbingan berkenaan cara hendak membuat  facebook page untuk perniagaan beliau. Beliau sedang dalam perancangan bagi membina jenama kedainya. Sebagai langkah permulaan, beliau menggunakan platform media sosial Facebook bagi proses promosi/pemasaran awal. Sesi pembelajaran meliputi setting facebook page (melengkapkan maklumat yang diperlukan), memasukkan gambar produk dan membuat posting pengenalan. PEDi menjadi platform pemudah cara dan membantu beliau sebagai usahawan di komuniti ini.

BIMBINGAN: Menyiapkan kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1

Tarikh   19/1/2022 - 21/01/2022
Masa 2:30 am - 4.30 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Masyitah binti nor wahid
  2. Nur syaliana binti abdullah
  3. Zarit Nurul Arisshabinti mohd zakri

 

Pada 19, 20, & 21 Januari 2022, sekumpulan pelajar tingkatan 1 SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at telah ke PEDi Parit Selangor untuk menyiapkan kerja kursus sekolah mereka. Bimbingan telah diberikan kepada para pelajar ini. Sebagai permulaan, mereka didedahkan dengan asas menaip dengan menggunakan MS Word. Mereka dikehendaki untuk menaip kerja kursus mereka mengikut topik yang dipilih. Setelah selesai tugasan menaip, mereka dibimbing untuk mengedit tugasan tersebut menggunakan fungsi yang ada pada MS Word. Bahagian yang terakhir adalah menggunakan fungsi enjin carian Google bagi mencari imej yang bersesuaian untuk dimasukkan kedalam tugasan mereka. 

 

 

nov

 

E-Tuisyen November 2021

Tarikh   20 & 28 Nov 2021
Masa 10.00 Am - 11.00 Am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. MUHAMMAD SHAFIQ BIN SUMAR
  2. HILYATUN NAZAH BINTI SANIF
  3. MOHAMAD AKIF IRFAN BIN MOHAMAD KHAIRI

 

Pada tarikh berkenaan telah diadakan pembelajaran secara atas talian bagi menambahkan ilmu pengetahuan lain seperti kemahiran asas mandarin dan bahasa isyarat. Di samping itu peserta dapat mempelajari ilmu asas dalam bahasa mandarin dan bahasa isyarat. Tenaga pengajar yang telah menyumbangkan ilmu mereka sangatlah berpengalaman dan berkemahiran. kebaikan program seperti ini peserta dapat belajar bersama pelajar dari seluruh Malaysia. Guru yang mengajar adalah terdiri daripada mereka yang bertauliah 

 

Bimbingan kelas ICT (Create Menu Book Using Canva)

Tarikh   5 Nov 2021
Masa 2.30 Pm - 4.30 Am
Lokasi PEDi Komuniti Parit Selangor
Peserta
  1. NUR SYAFIQAH BINTI CHE HASSIM
  2. NUR SHAZWANI NADHIRAH BINTI ZULKARNAIN 

 

Sesi kelas ict kali ini disertai oleh 2 orang petugas Spa Dewani, saudari syafiqah & Shazwani. Mereka telah diberikan tugas oleh majikan mereka bagi membuat katalog produk Spa Dewani. Menerusi kelas ini, penggunaan aplikasi canva telah dipilih kerana ianya lebih mudah dan mampu menghasilkan katalog yang menarik. 

 

 

 

Untitled

 

Kelas Asas komputer Bersama Warga Emas

Tarikh   26/12/2021
Masa 10.00 am - 11.00 am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Mohd Khairy Bin Halimi
  1. Tuan Haji Mohd Khairy bin Halimi) telah datang bagi mendapatkan bantuan bagi menggunakan komputer ribanya yang baru. Beliau meminta bantuan untuk menyusun atur fail bahan penulisan beliau (beliau merupakan seorang penulis novel satira). Kedatangan beliau ke PEDi menunjukkan saling kebergantungan di antara PEDi dan Komuniti setempat

 

Taklimat Klik Dengan Bijak di Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS)

Tarikh   31/12/2021
Masa 9.00 am - 11.00 am
Lokasi Dewan Serbaguna Kampung Parit Rambai
Peserta
  1. Komuniti Sekitar Kg Parit Rambai 

Taklimat Klik Dengan Bijak di Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) Anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor. Peserta yang terlibat merupakan komuniti sekitar di Kg Parit Rambai. (Pihak SKMM Johor telah meminta PEDi yang berhampiran untuk menjadi wakil bagi penyampaian Taklimat KDB ini. Wakil Petugas daripada 3 buah PEDi telah hadir bagi menyempurnakan tugasan ini. 3 orang petugas daripada PEDi Parit Bilal Rembah, Parit Selangor, dan Parit Sapran). Salah satu aturcara program adalah Taklimat Klik Dengan Bijak kepada komuniti yang hadir ke program berkenaan. Penerangan yang diberikan menerusi taklimat KDB tersebut berkaitan isu semasa seperti siber buli, pengantunan, scam etc. 

 

Perjumpaan bersama Pihak MP – Parlimen Tanjung Piai

Tarikh   31/12/2021
Masa 2.30 Pm - 3.00 Pm
Lokasi Pejabat Khidmat Pelanggan MP Tanjung Piai (Caw. Pekan Nanas)
Butiran penerima

Nama

PEDi

Hilyatun Nazah Binti Sanif

Parit Selangor

Noraziah Binti Abas

Taman Nilam

Nurintan Binti Mohd Yusof

Parit Bilal Rembah

Mohd Adli

Permas

 

 

Pada 31 Disember 2021 4 orang wakil daripada 4 buah PEDi yang berada di dalam Parlimen Pontian telah membuat temujanji dengan pihak YB Dato' Seri Wee Jeck Seng. Perjumpaan ini bertujuan untuk meminta tandatangan pengesahan PANEL PENASIHAT PEDi. Perjumpaan ini juga bertujuan mengenalkan keberadaan PEDi kepada pihak Parlimen, disamping dapat mewujudkan hubungan baik dengan organisasi lain. 

 

 OKT 2021

E Tuisyen Oktober 2021

Tarikh   2, 9, 16, 23 Okt 2021
Masa 10.00 Am - 11.00 Am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. SITI NURHANNAH SOFEA BINTI HAIRUN NAJIHIN
  2. MUHAMMAD AQIFF IMAN BIN MOHD ROSLI
  3. SITI RAIHAN BINTI ABD RAHMAN
  1. Kelas e-tuisyen yang dijalankan ini adalah sebagai kelas tambahan/latihan kepada para pelajar yang menyertainya. Setiap sesi kelas etuisyen adalah selama 1 jam sahaja.Jadual/ guru yang mengajar/ tarikh adalah tertakluk kepada pilihan peserta. Peserta dapat belajar bersama pelajar daripada seluruh Malaysia. Guru yang mengajar adalah terdiri daripada mereka yang bertauliah.

 

    1. Digital Competency Score test bersama pelajar tahun 6 SK Parit Selangor
    2. Tarikh   6 Oktober 2021
      Masa 2.00pm – 4.00pm
      Lokasi PEDi Parit Selangor
      Peserta
      1. NURAWATIF FARHAH BINTI MOHD FARID
      2. HAMIM ZUHAILI BIN MD DIAH
      3. MUHAMMAD HIDAYAT BIN HAMDAN
      4. PUTRI SYARAH QISTINA BINTI AZMI
    3. Seramai 4 orang pelajar di bawah seliaan guru sains mereka, Cikgu Rahim telah hadir ke PEDi bagi menduduki ujian di atas talian. Ujian berkenaan adalah 'Digital Competency Score' bagi keperluan penilaian pentaksiran tahun 6 mereka. Para pelajar ini adalah mereka yang tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah dan mengalami masalah talian internet.Ujian ini diperlukan bagi melengkapkan pengajian tahun 6 mereka. 

 

MOBILE EWASTE

Tarikh   15 OKTOBER 2021
Masa -
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. NUR ZULAIHA BINTI OSMAN

Mobile ewaste adalah program mengitar semula peranti elektronik yang dijalankan sepanjang tahun di dalam komuniti. Penerangan & pendedahan kepada komuniti sekitar cara yang betul bagi mengitar semula peranti elektronik mereka.Komuniti setempat hadir ke PEDi Parit Selangor bagi menyerahkan peranti elekronik mereka yang ingin dikitar semula.

 

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG USAHAWAN DIGITAL PERINGKAT PIK

Tarikh   29 & 30 OKTOBER 2021
Masa -
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. NUR ELEENA BINTI SADIKON
  2. PUTRI SALINA RAIS BINTI ISMAIL
  3. MUHAMMAD ZULHAZMI BIN AZIZ

Sepanjang ogos dan September, Pertandingan Usahawan Digital 2021 peringkat PEDi telah dijalankan. Seramai 3 orang peserta telah menyertainya. Ketiga-tiga peserta ini menggunakan platform digital shopee. Peserta pertama, Saudari Eleena merupakan usahawan yang menjual produk berasaskan nanas yang diusahakan keluarga beliau. Dalam pada itu beliau telah mencuba mengembangkan perniagaan tersebut secara atas talian menggunakan platform shopee ini. Peserta kedua, Saudari Salina pula merupakan stokis produk pekasam. Beliau menjadikan perniagaan ini sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan keluarga beliau. Peserta ketiga, saudara Zulhazmi yang menjual produk washable facemask. Kebiasaannya, beliau menjual menggunakan media sosial beliau seperti facebook dan whatsapp. Sepanjang 2 bulan pertandingan ini, keputusan telah diperolehi dan penyampaian hadiah telah dijalankan.