AKTVT MEI 2023 

BIMBINGAN: Penggunaan Aplikasi Canva (Resume)

  Tarikh 9 Mei 2023
Masa 9.30AM-11.30AM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. NURADREENA ADHA

 

Adik Adreena datang ke PEDi untuk mendapatkan bimbingan bagi menyiapkan diri dengan resume. Beliau merupakan pelajar lepasan Kolej Tingkatan 6 Pontian dan sedang menunggu keputusan penuh peperiksaan STPM. Beliau ingin mencari pekerjaan sementara menanti keputusan STPM tersebut. Menggunakan aplikasi online canva, resume dapat dihasilkan dengan mudah dan lebih menarik. Adik Adreena juga dapat menambah baik lagi softkill beliau dalam penyediaan resume.

 

BIMBINGAN: Melengkapkan SSM Ezybizz

  Tarikh 10 Mei 2023
Masa 3.00PM-5.00PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. AIDIL FAZLI BIN PARDIMIS WANDI

 

Saudara Aidil telah datang ke PEDi untuk proses menyiapkan pendaftaran SSM Ezybizz beliau. Petugas PEDi telah membantu beliau mengenal pasti maklumat SSM yang tidak lengkap sekaligus melengkapkan dokumen dan butiran yang di minta oleh Online Ezybizz. 

 

Advokasi & Sesi Perbincangan Bersama Tn Hj Khairy (Penulis Novel Satira)

  Tarikh 24 Mei 2023
Masa 2.45PM-4.45PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Tn Hj Mohd Khairy Bin Halimi

 

  1. Pihak PEDi telah didatangi oleh Seorang Penulis Novel Satira yang juga merupakan warga Komuniti sekitar PEDi. Beliau telah melakukan sesi perbincangan bagi mengadakan program kerjasama (Program bersama persatuan penulis). Perbincangan ini melibatkan rangka awal program. Tn Hj Khairy merancang untuk bekerjasama dengan pihak PEDi bagi menjayakan program ini dan dijangka  untuk berlangsung padaJuly โ€“ Ogos.

 

Majlis Hari Raya TABIKA KEMAS Kg Parit Baru

  Tarikh 14 Mei 2023
Masa 10.00AM-12.00PM
Lokasi KEMAS KG PARIT BARU
Peserta
  1. Guru, Pelajar & Ibu Bapa serta komuniti sekitar

 

Pihak PEDi telah diundang bagi menyerikan lagi Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat KEMAS Kg Parit Baru. Kami sangat berbesar hati menerima undangan ini. Ini menunjukkan penghargaan komuniti serta organisasi yang terdapat disekitar PEDi. 

 

COVER ACT APR2023

 

BIMBINGAN: Formating (MS Word) Kertas Kerja Seni & Pelancongan Pontian

  Tarikh 02/04/2023
Masa 2.30PM-3.30PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Tuan Hj Mohd Khairy Bin Halimi

 

Petugas PEDi telah didatangi oleh seorang penggerak seni (Penulis Novel Satira) bagi mendapatkan bimbingan dan bantuan bagi menyiapkan Kertas Kerja beliau. Pihak PEDi telah memberikan bimbingan penggunaan MS Word kepada Tn Hj Khairy selaku warga penggerak bagi menyiapkan Kertas Kerja Seni Pelancongan Pontian. Ianya meliputi asas MS Word & Formating data / nama dengan menggunakan function di dalam MS word.

 

Bimbingan: Perbankan dalam talian: QR pay / Duit now

  Tarikh 13/04/2023
Masa 2.00PM-3.00PM
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pn Asmawati Binti Suratin

 

Puan Asmawati merupakan seorang usahawan tempatan yang memiliki beberapa buah bengkel membaiki kenderaan yang diusahakan bersama suami beliau. Beliau turut mempunyai beberapa perniagaan lain seperti homestay dan perkhidmatan kereta/van sewa. Beliau telah datang ke PEDi bagi mendapatkan tunjuk ajar bagi memahami sistem pembayaran dalam talian. Sekaligus memudahkan transaksi jual beli perniagaan beliau. Tujuan utama beliau adalah bagaimana untuk mendapatkan QR code Duit Now bagi CIMB dan Maybank dan bagaimana menggunakan aplikasi Duit Now & QR Pay. Kedua-dua ini adalah bagi mempelbagaikan pilihan transaksi pembayaran yang ada kepada pelanggan dan memudahkan transaksi jual beli perniagaan beliau. 

 

Advokasi & Majlis Khatam Al-Quran HELWA Masjid Kg Parit Selangor

  Tarikh 15/04/2023
Masa 9.00AM-11.00AM
Lokasi Masjid Jamek Kg Parit Selangor
Peserta
  1. HELWA dan Wanita Kg Parit Selangor

 

Majlis Khatam Al-Quran sempena Ramadan 1444H / 2023. Seramai 16 orang Wanita Kariah Masjid Jamek Kg Pt Selangor telah terlibat bagi mengimarahkan program ini. Majlis bermula pada 9.00am dengan kehadiran para pesrta. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat sebelum diteruskan dengan bacaan surah lazim daripada juzuk ke 30. Kemudian tenaga pengajar sepanjang program ini turut dijemput bagi memberikan sedikit ucapan. Sebelum majlis ini berakhir, bagi meraikan semua yang terlibat penyerahan sedikit cenderahati dan bunga telur serta sesi bergambar telah diadakan.  

 

 

FEB

 

  Tarikh 02 /02/2023
Masa 3.30 pm - 5.30 pm
Lokasi Homestay Dโ€™Mutiara  Inn
Peserta
  1. Puan Asmawati Suratin

 

KUNJUNGAN KE PREMIS HOMESTAY Dโ€™MUTIARA MILIK PUAN ASMAWATI SURATIN (USAHAWAN)

Petugas PEDi bersama Rakan Digital PEDi telah melakukan kunjungan ke Homestay milik usahawan setempat. Usahawan yang dimaksudkan adalah Puan Asmawati Suratin. Beliau merupakan penduduk Kg Parit Selangor. Kunjungan yang dilakukan ini adalah bagi mendapatkan maklumat serta sesi photoshoot sekitar homestay serta proses pembuatan video iklan untuk homestay beliau ini. 

 

  Tarikh 13/02/2023
Masa 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Tn Hj Mohd Khairy Bin Halimi

 

BIMBINGAN : PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA KEPADA WARGA EMAS

 Tuan Hj Mohd Khairy merupakan seorang penulis novel satira.Beliau telah datang ke PEDi Parit Selangor bagi mendapatkan bantuan bagi penggunaan komputer riba baru milik beliau. Beliau kurang mahir dengan fungsi yang terdapat dikomputer riba baru tersebut. 

 

  Tarikh 15/02/2023
Masa 4.00 pm - 6.00 pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Pn. Fadzwani Norashikin & staff (Dewani Spa & Cafรฉ)

 

BIMBINGAN MEREKA BENTUK BANNER PROGRAM

Puan Fadzwani telah datang bersama staff beliau bagi mendapatkan bimbingan mengenai rekaan banner program. Ini disebabkan beliau kesuntukan masa serta memerlukan bantuan bagi mereka bentuk banner program dalam kapasiti segera. Dalam pada itu, beliau juga ingin agar staff beliau dapat mempelajari serba sedikit mengenai rekaan banner bagi keperluan masa akan datang. 

 

  Tarikh 16/02/2023
Masa 12.30 pm 
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Puan Suliza & Promosi Produk TEEGA

 

USAHAWAN & PROMOSI PRODUK TEEGA

Puan Suliza telah datang PEDi untuk meletakkan produk TEEGA di Mini Vendor PEDi. Komuniti yang mempunyai produk kering/tahan lama dialu-alukan untuk menyertai mini vendor PEDi Parit Selangor. 

 

  Tarikh 15/02/2023
Masa 11.00 am -12.00 pm 
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Hussin Bin Ahmed

 

BANTUAN MENYIAPKAN LAPORAN ORGANISASI

Saudara Hussin bin Ahmed telah hadir ke PEDi Parit Selangor bagi mendapatkan bantuan bagi menyiapkan laporan minit mesyuarat tahunan organisasi seliaan beliau. Ini kerana beliau mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan dan turut kesuntukan masa. 

 

cover mac

 

Kunjungan ke PEDi Parit Selangor oleh Puan Saliah dan Encik Jasmi

  Tarikh 11/03/2023
Masa 2.00pm-3.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Kunjungan daripada pihak pengurusan MSD
  2. (En.Jasmi & Puan Saliah)

 

  1. Puan Saliah dan Encik Jasmi telah datang pada pukul 2.15pm dan berada di PEDi Parit Selangor sehingga linkungan pukul 3.30pm. Mereka bertanyakan mengenai operasi PEDi dan juga situasi semasa di PEDi. Kunjungan ini adalah bagi mengetahui keadaan PEDi dan petugas dengan lawatan mengejut secara rawak ini.

 

 

Keusahawanan: Basic Shopee (seller center) Mac 2023

  Tarikh 12/03/2023
Masa 9.30am-12.30pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. NORLIANA BT MOHD YUSOFF, SUHAILA BINTI AHMAD, & NOR AZILAWATI MD KOSERAN

 

Keusahawanan: Basic Shopee (seller center) Mac 2023. Kelas dijalankan di PEDi Parit Selangor dikelolakan oleh Rakan Digital Parit Selangor. Penyertaan kelas ini terdiri daripada 3 orang Wanita yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan dari rumah. Kelas ini memfokuskan kepada 1.Penerangan berkaitan Basic Shopee Seller Centre. 2.Cara muat naik produk. 3.Cara untuk menguruskan pesanan.  Selain itu. kelas ini turut mengajar usahawan tempatan / PKS mengenai platform ecommerce dan sebagai salah satu cara bagi memahirkan penggunaan Shopee sebagai platform penjualan atas talian.

 

 BIMBINGAN: MS Excel (table & filter)

  Tarikh 15/03/2023
Masa 12.00pm-1.00pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. PUAN FADZWANI NORASHIKIN BINTI OTHMAN

 

  1. Puan Fadzwani Norashikin telah datang ke PEDi Parit Selangor pada tarikh berkenaan bagi mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan kertas kerja program anjuran beliau. kelas ringkas ini memfokuskan kepada asas MS Excel, Formating data / nama dengan menggunakan function filter di excel dan memindahkan data di MS word ke MS excel

 

 

Menyantuni Jemputan ke Program Kacak Menawan Kembali ke Sekolah

  Tarikh 17/03/2023
Masa 9.00am-11.00am
Lokasi Dewan Tunku Ibrahim Ismail Pekan Nanas
Peserta
  1. Para pelajar B40 sekitar daerah Pontian

 

Program Kacak Menawan Kembali ke Sekolah bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Pekan Nanas. Program ini adalah anjuran MPPn, Yayasan Perbandaran Pontian, PPD dengan usahasama pihak Dewani Enterprise. Program amal gunting rambut buat anak-anak b40 yang akan kembali ke sekolah. Program ini menghimpunkan 30 orang Barber daripada Barber Shop & Salon sekitar Pontian, Gelang Patah, Kulai. 

 

 

 

Untitledm

 

  Tarikh 15 /1/2023
Masa 9.30 am - 1.30 pm
Lokasi PEDI PARI SELANGOR
Peserta
  1. PETUGAS TABUNG HAJI & MURID-MURID TABIKA KEMAS KG PARIT BARU

 

ADVOKASI KDB / TEKNOLOGI & ANDA SERTA PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI PONTIAN DI PEDI

 

Pada 15/01/2023, pihak Tabung Haji telah datang ke PEDi Parit Selangor bagi menjalankan perkhidmatan kaunter bergerak mereka. Perkhidmatan kaunter tersebut telah dibuka seawal 9.45 pagi sehingga 1.00petang. Seramai 3 orang kakitangan Tabung Haji Pontian telah datang pada hari tersebut. Turut diadakan aktiviti mewarna bersama kanak-kanak TABIKA KEMAS Kg Parit Baru bagi memeriahkan lagi program. Ini bagi memberi peluang kepada ibu bapa yang mana belum lagi membuka akaun TH anak-anak mereka untuk berbuat demikian. 

  

  Tarikh 17 /1/2023
Masa 10.00 AM - 1.00 PM
Lokasi PEDI PARI SELANGOR
Peserta
  1.  

    Nama

    No Kad Pengenalan

    1.    Amin Nordin Bin Abd Hanan

    -

    2.    Nur Khairiah Binti Razali

    -

     


 

KEUSAHAWANAN : BASIC SHOPEE (SELLER CENTER) JANUARI 2023

Rakan Digital PEDi Parit Selangor telah mengadakan kelas asas shopee (Seller) pada 17/01/2023 di PEDi Parit Selangor. Seramai 2 orang usahawan telah turut serta dalam kelas ini. 

 

  Tarikh 17 /1/2023 -19/1/2023
Masa 10.30 am - 1.30 pm
Lokasi PEDI PARI SELANGOR
Peserta
  1. PETUGAS AADK Pontian

 

Advokasi KDB : Soal selidik AADK ke atas Komuniti sekitar PEDi

Wakil daripada pihak AADK Daerah Pontian telah datang ke PEDi bagi mendapatkan maklumat komuniti setempat bagi menjawab soal selidik yang dijalankan oleh pihak mereka. Soal selidik ini mengambil masa dalam lingkungan 1 minggu.