aktvt sept 2021

 

E-Tuisyen SEPTEMBER 2021

Tarikh   14,21,22,28 Ogos 2021
Masa 10.00 Am - 11.00 Am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. SITI NURHANNAH SOFEA BINTI HAIRUN NAJIHIN
  2. MUHAMMAD AQIFF IMAN BIN MOHD ROSLI
  3. MUHAMMAD SHAFIQ BIN SUMAR 
  4. HILYATUN NAZAH BINTI NASIF
  5. MUHAMMAD MUHAIMIN FIKRI BIN JIN AZMAN 
  6. NUR FATIHA ALYA BINTI MOHD NIZAM 

Setiap sesi kelas etuisyen adalah selama 1 jam sahaja. Jadual / guru / tarikh adalah tertakluk kepada pilihan peserta. Setiap kelas hanya dijalankan pada hujung minggu yang mana tidak akan mengganggu jadualharian persekolahan & PDPR para pelajar. Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan Serendah RM5 sahaja bagi kelas pelajar sekolah Rendah & RM10 bagi kelas pelajar sekolah menengah. Komuniti sekitar dialu-alukan untuk turut serta bagi memanfaatkan segala kemudahan yang ada. 

 

Kunjungan Penghulu baru mukim Pontian

Tarikh   11 September 2021
Masa 1.00 Pm - 2.00 Pm
Lokasi PEDi  Parit Selangor
Tujuan

Kunjungan muhibah daripada Penghulu Mukim Pontian yang baru, 

Tok Mohd Faidzzullah Bin Mohd

Kunjungan ini lebih kepda sesi perkenalan tidak formal bersama tuan penghulu. Sekaligus mengeratkan hubungan bersama pihak mukim. Ini adalah lawatan pertama penghulu mukim pontian yang baru ke PEDi Parit Selangor. Beliau baru sahaja bertukar ke Mukim Pontian. Sebelum ini beliau berkhidmat di Mukim Sg Karang. 

 

 

LAPORAN AKTIVITI

BIMBINGAN : SHOPEE FOR SELLER  (Usahawan Digital 2021)

Tarikh   1&2 Ogos 2021
Masa 9.00 Am - 1.00 Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. Nur Eleena Binti Sadikon
  2. Putri Salina Binti Ismail
Muhammad Zulhazmi Bin Aziz
  1. Sesi perkongsian menerusi google meet telah diadakan memandangkan situasi semasa yang menjadi kekangan kepada aktiviti bersemuka.Memberikan bantuan penggunaan shopee dan pemasaran yang boleh dilakukan secara atas talian.
  2. Mengenali produk jualan peserta dan kaedah pemasaran yang boleh digunakan. 

 

  1. E Tuisyen Ogos 2021
Tarikh   14, 21, 22, 28 Ogos 2021 
Masa Mengikut jadual kelas etuisyen yang dipilih peserta
Lokasi ZOOM
Peserta
    • SITI NURHANNAH SOFEA BINTI HAIRUN NAJIHIN
    • MUHAMMAD AQIFF IMAN BIN MOHD ROSLI

Kelas e-tuisyen yang dijalankan ini adalah sebagai kelas tambahan/latihan kepada para pelajar yang menyertainya.

 

(SESI PERKONGSIAN) Usahawan dan Media Sosial 

Tarikh   2, 24, dan 26 Ogos 2021
Masa 2.30-4.30pm
Lokasi PEDiParit Selangor
Tujuan
  1. Membantu usahawan membina portfolio atas talian bagi perniagaan yang dilakukan

Seorang usahawanita Puan Fadzwani Norashikin Binti Othman dan 2 orang pembantu beliau telah hadir ke PEDi Parit Selangor bagi mendapatkan khidmat nasihat/ bimbingan bagi tujuan pembinaan laman media sosial perniagaan beliau.

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI

 

BANTUAN PENDAFTARAN VAKSIN (Kerjasama bersama Ketua Kg Pt Mesjid)

Tarikh   16 Mei 2021
Masa 10.45Am - .11.45Am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 68 orang komuniti sekitar 

 

PEDi parit Selangor telah mengadakan perkhidmatan pendaftaran vaksin covid-19 menerusi laman web iaitu vaksincovid19.gov.my. objektif kami melakukan perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu mereka yang kurang pengetahuan mengenai cara untuk mendaftar vaksin covid-19 seperti warga emas, mereka yang terputus rangkaian jalur lebar internet, dan mereka yang tidak tahu cara untuk mendaftar. Disamping itu PEDi Parit Selangor telah mendaftarkan seramai 68 penduduk sekitar. Pihak PEDi telah menerima senarai nama tersebut daripada ketua kampung Parit Masjid & Ketua Kg Tanjung Air Hitam. Pihak PEDi berfungsi sebagai pemudah cara bagi proses pendaftaran vaksin ini. 

 

 BIMBINGAN : Membuat Poster menggunakan CANVA

Tarikh   25 Mei 2021
Masa 9.30Am - .11.30Am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta FAZIRATUL NAJIHAH BINTI IBRAHIM

 

Saudari Najihah diarahkan untuk menyiapkan poster program anjuran kumpulan beliau bagi tugasan Kolej Komuniti Tanjung Piai. Selain menyediakan perkhidmatan internet dan tempat yang selesa, pihak PEDi turut membantu tugasan kolej pelajar seperti memberi bimbingan membuat poster bagi perlaksanaan aktiviti pelajar Kolej Komuniti ini. Penggunaan aplikasi Canva secara atas talian memudahkan lagi tugasan beliau. 

 

BIMBINGAN : Teknologi & Anda / Asas MS word.

 

Tarikh   29 Mei 2021
Masa 2.15pm - .4.15pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

 

 1. NUR FATIN AQEELA BINTI ROSLAN

2. NUR ELIAH BINTI ROSLAN

 

2 orang belia wanita telah berminat untuk mempelajari asas komputer. Mereka merupakan pekerja kilang di daerah ini. Bagi meningkatkan kemahiran komputer yang dimiliki, mereka berminat untuk menyertai kelas Asas Komputer. Mempelajari cara bagaimana menyediakan resume yang mudah dan ringkas. 

 

 

 

Untitled 1

 

Online tutorial : Bagaimana memeriksa fungsi kamera di komputer & laptop 

Tarikh   18 Julai 2021
Masa 9.00 Am - 5.00 Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Video tutorial ini telah memperolehi 9 like dan 28 view

Memandangkan PEDi masih belum boleh beroperasi pada bulan ini, inisiatif telah diambil untuk membuat perkongsian menerusi facebook PEDi. Tutorial ini di harap dapat membantu ibu bapa/pelajar & guru yang banyak menggunakan gajet berkamera bagi tujuan pdpr sepeti komputer & laptop disampung itu pula ibu bapa boleh membuat pemeriksaan komputer atau laptop sendiri sebelum memulakan pembelajaran atau sebagainya 

 

Online Training Kepada Para Pengurus /penolong Pengurus PEDi Dibawah Tm & Msd

Tarikh   26 hIngga 30 Julai 2021
Masa 9.00 Am - 5.00 Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor/Google meet & zoom
Peserta Petugas dibahagikan kepada beberapa slot bagi setiap sesi training yang dijalankan di atas talian

Online Training telah dijalankan kepada para petugas PEDi di bawah seliaan TM & MSD. Ini bertujuan meningkatkan kemahiran petugas PEDi. Training yang diberikan berkenaan entrepreneurship & e-commerce . Disamping itu program tersebut ini dapat meningkatkan kemahiran kepada semua petugas seperti Refreshment skill . Program ini menyediakan petugas dengan sijil kemahiran yang diwajibkan untuk ada bagi melaksanakan program-program PEDi .

 

 

 

LAPORAN AKTIVITI APRIL

 

ADVOKASI & BENGKEL TAKLIMAT AL-BAYEN (Bersama guru-guru sekolah agama)

Tarikh   1 April 2021
Masa 8.30Am - .12.30Pm
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Guru-guru sekolah agama

 

BENGKEL TAKLIMAT AL-BAYEN (Bersama guru-guru sekolah agama). Sekumpulan guru sekolah agama dari sekitar daerah Pontian telah menggunakan kemudahan bilik latihan di PEDi  bagi mengikuti taklimat aplikasi al-bayen. Menggunakan aplikasi Webbex, yang disertai lebih 300 guru-guru sekolah agama rakyat dari seluruh negeri Johor. Turut diselitkan sedikit penerangan mengenai vaksin dan klik dengan bijak. Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, sedikit sebanyak dapat mebantu para guru dan pelajar mengadakan kelas-kelas online seperti menggunakan aplikasi ‘zoom’, ‘google kelas room’ dan pelbagai lagi. Sekarang ini adalah zaman teknologi iaitu zaman yang semua orang wajib tahu asas computer. Salah satu kebaikan menggunakan perkhidmatan PEDi ini adalah kemudahan komputer, wifi, dan ruang bilik latihan yang telah tersedia

 

 SESI TAKLIMAT : Pendaftaran vaksin covid19 bersama Penghulu & Ketua-ketua Kampung Mukim Pontian 

Tarikh   7 April 2021
Masa 9.00PM - 10.00PM
Lokasi Bilik Mesyuarat Kompleks Pengulu Mukim Pontian
Peserta Penghulu & Ketua-ketua Kampung Mukim Pontian 

 

Pada tarikh 7 april 2021 pihak PEDi Parit Selangor  telah menerima jemputan daripada Penghulu & Ketua-ketua Kampung Mukim Pontian  untuk memberi taklimat berkaitan pendaftaran vaksin covid 19 bertempat di bilik mesyuarat Kompleks Penghulu Mukim Pontian. Taklimat tersebut bertujuan untuk membantu orang kampung yang masih belum mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin covid 19. PEDi Parit Selangor ingin mengambil inisiatif membantu orang kampung untuk mendaftar vaksin covid 19 atas talian secara percuma. Vaksin covid 19 ini wajib diambil setiap individu supaya kita dapat membentuk imuniti kelompok & dijauhkan diri daripada wabak ini dan secara tidak langsung dapat memutuskan rantaian covid 19 di negara kita ini.

 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2021 

Tarikh   24 April 2021
Masa 10.30AM - 11.00AM
Lokasi PEDi Parit Selangor 
Peserta 15 Penyertaan 

 

Pada 24 april 2021 PEDi Parit Selangor telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan video kreatif 2021 kepada pemenang. Majlis tersebut diadakan pada jam 10.30am – 11.00am dan pertandingan video kreatif 2021 ini telah menerima 15 penyertaan pada tahun ini, disamping itu PEDi Parit Selangor telah menjemput Penghulu Mukim Pontian iaitu Encik Roslan Bin Bokari untuk penyampaian hadiah kepada para pemenang video kreatif pada 2021. Pertandingan ini adalah bagi membina hubungan baik dengan komuniti sekitar, selain mempromosikan keberadaan PEDi ini.