e-Pembelajaran (Rapid Typing) - KEMAS Parit Baru

 

Tarikh   6hb Februari 2020
Masa 8.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 10 murid TABIKA KEMAS Parit Baru

 

 Kelas ini merupakan kelas pengenalan komputer dan aksesori kepada para pelajar berumur 6 tahun dan juga pengenalan kepada aplikasi Permbelajaran RapidTyping, menggunakan komputer dan papan kekunci bagi mengenal huruf. Seramai 10 orang murid TABIKA Kemas berumur 6 tahun yang terlibat menyertai kelas ini memandangkan kebanyakan mereka telah pandai mengenal huruf berbanding murid berumur 5 dan 4 tahun. Butiran aktiviti yang diadakan adalah  pengenalan kepada komputer, mouse dan keyboard, penerangan daripada staf PEDi berkaitan aktiviyi yang akan dijalankan, murid-murid ditunjukkansatu persatu huruf dan nombor pada keyboard dan seterusnya aktiviti menggunakan keyboard (menaip huruf seperti di dalam aplikasi RapidTyping). Kelebihan kelas ini dapat melatih murid-murid ‘familiar’ dengan penggunaan komputer, keyboard dan mouse, murid belajar untuk menerima arahan daripada petugas PEDi berkenaan apa yang perlu dibuat semasa aktiviti sedang dijalankan dan mengelakkan kebiasaan murid melakukan swipe screen akibat penggunaan touch screen pada smartphone sedangkan mereka menggunakan komputer.

 

Mesyuarat Agong  Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)

Tarikh   6hb Februari 2020
Masa 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Balai Raya Kampung Parit Selangor
Peserta 28 ahli WI Kampung Parit Selangor

 

  1. Pada 6hb Februari 2020, staf PEDi telah dijemput menghadiri mesyuarat agong WI di mana mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 dan aktiviti yang dirancang sepanjang 2020. Seramai 28 orang ahli WI Kampung Parit Selangor terlibat menjayakan mesyuarat ini. Antara butiran aktiviti yang dijalankan adalah mesyuarat agong, pertandingan masakan dan diakhiri dengan jamuan. Mesyuarat ini, selain memberi manfaat kepada perancangan aktiviti 2020, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli WI dan meningkatkan kesepakatan sesama ahli WI.

 

e-Pembelajaran : pdk.net & Asas ICT - KEMAS Parit Baru

Tarikh   20hb Februari 2020
Masa 8.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 14 murid TABIKA KEMAS Parit Baru

 

 Kelas pengenalan kepada para pelajar berumur 5 tahun. Pengenalan kepada komputer dan aksesori. Pelajar diberikan pendedahan mengenai cara-cara menggunakan tetikus dengan betul. Latihan yang diberikan adalah menerusi aktiviti mewarna menggunakan aplikasi pdk.net. Pelajar juga turut belajar menyebut dan mengenal warna. Seramai 14 orang murid 5 tahun terlibat menyertai kelas ini. Butiran berkaitan aktivi adalah  pengenalan kepada komputer dan mouse, pengenalan kepada warna-warna asas dan warna-warna lain dan mewarna gambar menggunakan aplikasi e-pembelajaran pdk.net. kebaikan aktiviti ini bagi murid-murid 5 tahun adalah ianya dapat membiasakan murid-murid menggunakan mouse dengan betul dan memberi pemahaman kepada murid-murid berkenaan warna.

 



 

 LAPORAN AKTIVITI

PENGGUNAAN EMAIL BAGI MEDIA SOSIAL (Business)

Tarikh   8hb Januari 2020
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta Fadzwani Norashikin Binti Othman

 

Pada 8hb Januari 2020, Puan Fadzwani atau mesra dengan panggilan Kak Wani telah datang ke PEDi bagi mendapatkan bimbingan penggunaan e-Mail dan aplikasi sosial media Instagram. Beliau telah diberi penerangan secara hands-on penggunaan tablet serta penggunaan aplikasi email dan Instagram dan ini dapat memudahkan beliau menggunakan tablet sebagai gajet penting di dalam mengurus tadbir perniagaan beliau.

 

   

 

ADVOKASI : TEKNOLOGI & ANDA (Meet & Greet Quiver Session KEMAS Kg Parit Baru)

Tarikh   16hb Januari 2020
Masa 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru
Peserta 34 murid TABIKA KEMAS Parit Baru

 

Pada 16hb Januari 2020, jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, petugas PEDi  Parit Selangor telah hadir ke TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru bagi menganjurkan program ADVOKASI : TEKNOLOGI & ANDA (Meet & Greet Quiver Session KEMAS Kg Parit Baru). Ini merupakan aktiviti pertama PEDi  bagi tahun 2020. Tujuan program ini diadakan adalah bagi bersuai kenal dengan pelajar KEMAS Kg Parit Baru menerusi pengenalan kepada teknologi maklumat. Selain itu, aktiviti mewarna yang dijalankan dapat merangsang motor halus mereka dan animasi digital Quiver dapat menarik minat mereka untuk belajar dengan menggunakan peralatan IT. Butiran berkaitan aktiviti antaranya, sesi suai kenal dengan staf PEDi dan murid-murid TABIKA, aktiviti mewarna menggunakan imej QUIVER, seterusnya tayangan animasi 3-D QUIVER pada tablet bersama murid-murid. Kebaikan program ini bagi kanak-kanak adalah ianya dapat melatih murid-murid mewarna (memegang dan melakar pensil warna pada kertas) terutama kepada murid-murid baru berumur 4 dan 5 tahun yang masih lemah di dalam aktiviti mewarna, murid belajar untuk menerima arahan daripada petugas PEDi berkenaan apa yang perlu dibuat semasa aktiviti sedang dijalankan serta dapat memberi pendedahan kepada murid berkenaan animasi digital dan multimedia.

   

 

Kelas Microsoft Word (MIND MAP)

Tarikh   18hb Januari 2020
Masa 9.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta

Muhammad Khalif Lutfi Bin Khainizan & Nur Shaheen Irdina Binti Khainizan

 

Pada 18hb Januari 2020 jam 9.30 pagi – 12.30 pagi, 2 orang murid telah mengikuti kelas Microsoft Office dengan modul Mind Map. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi melatih murid menggunakan kaedah mind map di dalam meringkaskan sesuatu idea/fakta di mana ianya bermanfaat untuk mereka menyediakan nota-nota penting di dalam pembelajaran. Butiran bagi aktiviti ini dimulakan dengan penerangan oleh petugas langkah-langkah membuat mind map menggunakan Microsoft Office, murid kemudiannya membuat latihan sambil dibantu petugas dan akhir sekali latihan diberi kepada murid dan diminta menyiapkan latihan tersebut sebelum tamat sesi/kelas. Kebaikan aktiviti ini bagi kedua-dua murid adalah memberi pendedahan kepada murid, selain penggunaan bullet dan numbering, dan jadual di dalam membuat nota, terdapat cara lain juga iaitu mind map, kemudian kaedah mind map ini dapat mengembangkan idea murid untuk meletakkan butiran-butiran idea pada tempat dan susunan yang betul.

  

 

 

Advokasi KDB: Buli Siber dan Cyber Grooming

Tarikh   12hb November 2019
Masa 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi SK Parit Patah, Pontian
Peserta Pelajar tahun 4 hingga 6 SK Parit Patah

 

Pada 12hb November 2019 jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari, PEDi Parit Selangor dengan kerjasama PEDi Rambah telah mengadakan Advokasi KDB dengan modul Buli Siber dan Cyber Grooming di Sekolah Kebangsaan Parit Patah. Advokasi KDB & Perkongsian maklumat berkenaan buli siber dan Cyber Grooming bersama-sama para pelajar SK Parit Patah Pontian ini bertujuan memberikan pendedahan dan maklumat yang berguna kepada para pelajar tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan media sosial. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Pengenalan kepada ICTdan temubual ringkas berkenaan penggunaan komputer dan gajet bersama peserta program, taklimat Buli Siber dan Cyber Grooming menggunakan Slide Powerpoint dengan paparan projector di hadapan dewan, berserta tayangan video yang berkaitan dan aktiviti sokongan bersama-sama pelajar iaitu sesi soal-jawab dan kuiz di mana peserta yang berjaya menjawab soalan yang betul diberikan hadiah. Kelebihan dan kebaikan program ini adalah ianya dapat memberi kesedaran kepada murid-murid betapa pentingnya keselamatan diri dan maklumat mereka di atas talian di samping memberi pengetahuan asas cara-cara melindungi diri serta do’s and don’t’s di laman sosial. Program berakhir jam 12.30 tengahari dengan aktiviti bergambar bersama pelajar dan guru-guru.

 

  

 

Majlis Apresiasi TABIKA KEMAS 2019  

Tarikh   23hb November 2019
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru
Peserta Penduduk sekitar Kampung Parit Baru dan KEMAS negeri Johor

 

Pada 23hb November 2019, staf PEDi  Parit Selangor telah dijemput menghadiri Majlis Apresiasi TABIKA KEMAS 2019 bagi menunjukkan penghargaan kepada penglibatan aktif guru-guru dan anak-anak TABIKA KEMAS serta penglibatan para ibu bapa dan penjaga dengan setiap aktiviti di PEDi  . Program ini, selain menghargai murid-murid dan ibu bapa, ia digabungkan dengan aktiviti sempena bulan Maulidur Rasul iaitu Ceramah Agama sempena bulan Maulid oleh Ustaz Muhamad Fahmi bin Mohamad. Aktiviti-aktiviti lainnya adalah taklimat TABIKA KEMAS oleh Penyelia KEMAS Puan Samsiah binti Ramthan, ucapan dan perasmian Majlis Apresiasi oleh Penghulu Mukim Pontian Encik Norhazman bin Misran, persembahan Nasyid oleh kanak-kanak TABIKA KEMAS, penyampaian hadiah dan cenderahati, dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh ibu bapa dan komuniti Kampung Parit Baru. Kebaikan program ini selain memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak, ianya mengeratkan hubungan di antara staf PEDi, staf TABIKA KEMAS, komuniti serta ibu bapa di samping menyemarakkan bulan Maulid.

  

 

 

 

 

Pertandingan Memancing Tertutup Kawasan 5 Mukim Pontian

Tarikh   1hb Disember 2019
Masa 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi Kampung Parit Selangor
Peserta Penduduk Kampung Parit Selangor

 

Pada 1hb disember 2019, MPKK Kawasan 5 dan Kelab Belia Kg Parit Selangor telah menganjurkan Pertandingan Memancing Tertutup Kawasan 5 Mukim Pontian. Program santai yang berlangsung selama 4 jam ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk selain merapatkan hubungan di antara petugas PEDi dan juga warga komuniti kampung. Antara butiran aktiviti adalah pendaftaran peserta dan jualan joran kepada yang tiada joran. Kemudian, pertandingan memancing dijalankan dengan hanya menggunakan joran tradisional sahaja.Cabutan bertuah juga turut diberikan kepada para peserta dan akhirnya penyampaian hadiah kepada para pemenang. Aktiviti ini memberi kelebihan kepada penduduk iaitu dapat mengeratkan hubungan komuniti di antara 4 buah kampung di dalam kawasan 5 Mukim Pontian ini, selain menggalakkan aktiviti sihat di kalangan penduduk.

  

 

 

Creative with PAINT

Tarikh   20hb Disember 2019
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta 2 orang pelajar sekolah rendah

 

Creative with PAINT - aktiviti yang dapat mengasah kreativiti anak-anak ini dalam menzahirkan idea mereka menerusi aplikasi PAINT. Mereka bebas melukis karakter kartun yang diminati dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas. Butiran bagi aktiviti ini adalah latihan melukis pelbagai karakter kartun menggunakan pelbagai bentuk asas yang terdapat di dalam aplikasi PAINT ini. Kelebihan aktiviti ini adalah ianya dapat menggalakkan pemikiran kreatif serta melatih kemahiran penggunaan tetikus agar mereka tidak kekok menggunakannya.

 

   

 

 

 

 

 

Advokasi Buli Siber dan Cyber Grooming di SK Pengkalan Raja

 

  1. Tarikh   8hb Oktober 2019
    Masa  8.00 pagi - 10.00 pagi
    Lokasi  SK Pengkalan Raja, Pekan Nanas, Pontian
    Peserta Pelajar tahun 4 hingga 6 SK Pengkalan Raja

 

Pada 8hb Oktober 2019 (8.00 pagi – 10.00 pagi), staf PEDi  Parit Selangor telah pergi ke SK Pengkalan Raja, Pekan Nanas Pontian bagi mengadakan program Advokasi merangkumi Modul 1 – Buli Siber dan Modul 2 – Cyber Grooming. Program selama 2 jam itu melibatkan 57 orang murid darjah 4 hingga 6 SK Pengkalan Raja dan 4 orang guru. Tujuan pihak PEDi Parit Selangor bekerjasama dengan SK Pengkalan Raja bagi mengadakan program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan buli siber dan Cyber Grooming bersama-sama para pelajar SK Pengkalan Raja Pontian serta memberikan pendedahan dan maklumat yang berguna kepada para pelajar tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan media sosial. Butiran berkaitan peogram ini adalah Pengenalan kepada ICTdan temubual ringkas berkenaan penggunaan komputer dan gajet bersama peserta program, Taklimat Buli Siber dan Cyber Grooming menggunakan Slide Powerpoint dengan paparan projector di hadapan dewan, berserta tayangan video yang berkaitan, serta sesi soal-jawab dan kuiz, peserta yang berjaya menjawab soalan yang betul diberikan hadiah. Kelebihan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid pentingnya keselamatan diri dan maklumat mereka di atas talian dan memberi pengetahuan asas cara-cara melindungi diri serta do’s and don’t’s di laman sosial. Semoga segala perkongsian yang kami berikan kepada semua peserta dapat dimanfaatkan sepenuhnya seterusnya mengurangkan kadar buli di laman sosial.

 

 

 Program Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Kampung Parit Baru

 

  1. Tarikh   12hb Oktober 2019
    Masa  8.00 pagi - 12.00 tengahari
    Lokasi  Kampung Parit Baru
    Peserta 36 orang pelbagai peringkat umur

 

Umum tahu, kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan, telah mengumumkan bahawa bulan Oktober 2019 merupakan Bulan Sukan Negara. Jadi, komuniti Kampung Parit Baru dengan kerjasama KEMAS Kampung parit Baru telah mengadakan Hari Sukan Negara pada 12hb Oktober 2019 dari jam8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Staf PEDi  Parit Selangor tidak ketinggalan untuk turut serta dan merakamkan momen-momen menarik sepanjang program di samping mengeratkan ukhwah kami bersama komuniti. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memeriahkan program Bulan Sukan Negara 2019. Aktiviti ini melibatkan guru, anak-anak KEMAS, pelajar, penjaga serta komuniti kampung. Penyertaan ini diharap dapat mewujudkan kerjasama dengan komuniti kampung dan juga mengeratkan hubungan PEDi dengan masyarakat setempat. Seramai 36 orang peserta terdiri daripada semua peringkat umur terlibat memeriahkan program ini, dan menyertai acara yang diadakan iaitu Senamrobik dan Sukan Rakyat. Kelebihan program ini adalah untuk menggalakkan komuniti mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk kampung, komuniti sekitar dan staf PEDi  Parit Selangor.

 

 

Pelancaran Warna Baharu TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan

 

  1. Tarikh   28hb Oktober 2019
    Masa  10.30 pagi - 12.30 tengahari
    Lokasi TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru
    Peserta Komuniti Kampung Parit Baru pelbagai peringkat umur

 

 

Pelancaran Warna Baharu TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 28hb Oktober 2019 di TABIKA KEMAS Kampung Parit Baru. Sebagai PEDi  yang banyak bekerjasama dengan KEMAS Kampung Parit Baru, kami amat berbesar hati kerana dapat turut serta memeriahkan majlis yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun. Kami menyantuni undangan pihak TABIKA KEMAS bagi Program Pelancaran Warna Baharu TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan, dan ini menunjukkan hubungan kerjasama yang baik di antaraPEDi   dan pihak TABIKA KEMAS Kg Parit Baru. Butiran berkaitan program ini adalah taklimat dan pelancaran warna baharu TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun. Kelebihan dan kebaikan kami turut serta di dalam program ini amnya, dan penduduk Kampung Parit Baru khasnya, ianya dapat mengeratkan silaturrahim di antara staf TABIKA KEMAS, komuniti dan staf PEDi  serta meningkatkan pengetahuan melalui info yang disampaikan oleh YB Menteri.